Peruntukan Belanjawan RM 1.1 bilion atasi masalah air di Labuan – Anifah

- Advertisement -

LABUAN – Masalah air yang dihadapi oleh penduduk di Labuan bakal selesai berikutan pengumuman pembaikan paip air dan infrastruktur melalui Belanjawan 2024 baru-baru ini.

Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Seri Anifah Aman berkata, peruntukan sebanyak RM1.1 bilion yang dibentangkan oleh Perdana Menteri itu mampu menyelesaikan masalah bekalan air di Labuan, Sabah dan Kelantan.

“Saya gembira Kerajaan Perpaduan memandang serius perkara ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas peruntukan bajet tersebut. Ini menunjukkan beliau prihatin terhadap penduduk Labuan dan mahu menyelesaikan masalah mereka.

“Dalam ucapan Belanjawan 2024, Anwar mengumumkan peruntukan daripada bajet untuk pembaikan paip air dan infrastruktur berkaitan air di seluruh pulau Wilayah Persekutuan dijangka dapat menyelesaikan masalah air di sana.

“Ini adalah hasil daripada peruntukan RM1.1 bilion untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Labuan, Sabah dan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam kenyataan sama Anifah turut merafak sembah terima kasih kepada Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah atas keprihatinan baginda mengenai masalah yang dihadapi rakyat di Labuan dan Sabah.

“Baginda meluangkan masa menjelajah seluruh Borneo Malaysia dan mendengar suara rakyat. Malah beliau membaca semua surat yang diberikan kepadanya dan berkongsi dengan Perdana Menteri, bagi memastikan suara rakyat didengari,” katanya lagi.

Dalam pada itu beliau memuji usaha kerajaan bagi menyokong pembangunan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (IBFC) sebagai hab kewangan Islam patuh syariah.

Jelasnya antara aktiviti yang disenaraikan dalam belanjawan ialah perbankan digital Islam, pertukaran digital Islam, dan pengeluaran token digital Islam.

“Perdana Menteri mengumumkan bahawa pengecualian cukai penuh akan diberikan selama lima tahun kepada entiti Labuan yang menjalankan aktiviti kewangan atau perdagangan berkaitan Kewangan Islam.

“Anifah berkata insentif ini pastinya akan meningkatkan potensi Labuan untuk menarik pelabur teknologi kewangan (fintech) yang pakar dalam kewangan Islam.

“Pengecualian cukai lima tahun adalah insentif yang baik untuk menarik pelabur ke Labuan untuk menjalankan aktiviti kewangan atau perdagangan yang berkaitan dengan Kewangan Islam.

“Apabila pelabur sektor ini masuk ke Labuan, ekonomi akan dirangsang, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dan menghasilkan spin-off ekonomi,” katanya.

Anifah yang juga Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas peruntukan RM6.6 bilion dana pembangunan khas negeri Sabah.

Selain itu beliau juga memuji penurunan kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963.

“Dengan pemerkasaan mengawal selia elektrik, saya berharap Sabah Electricty Sdn Bhd (SESB) dapat menyelesaikan isu bekalan elektrik di Sabah dan di Labuan,” katanya.

Beliau dalam kenyataan sama merakamkan penghargaan terhadap peruntukan RM7.4 bilion untuk Fasa 2 Jalan Sambungan Sabah Sarawak (SSLR).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat