PBB, masyarakat dunia perlu beri tekanan henti konflik di Gaza – Anifah

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Bekas Menteri Luar, Senator Tan Sri Anifah Aman menggesa masyarakat dunia memberi tekanan terhadap pihak yang bertelagah bagi menghentikan konflik yang kian memuncak Palestin-Israel di Semenanjung Gaza.

Tegasnya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu menyokong usaha ini bagi melindungi nyawa orang awam yang tidak berdosa.

“Pertempuran di Semenanjung Gaza adalah bencana kepada manusia apabila pertumpahan darah berterusan dan angka kematian meningkat setiap hari.

“Saya terkejut apabila masyarakat antarabangsa tidak melakukan apa-apa atau memberi tekanan kepada semua pihak yang terlibat bagi menghentikan genjatan senjata dan mengutamakan nyawa orang yang tidak bersalah dalam konflik ini.

“Pada masa kritikal ini, nyawa kedua belah pihak yang tidak berdosa menjadi korban, semua pihak mesti menghentikan keganasan, terutama terhadap wanita dan kanak-kanak,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Beliau yang juga yang juga Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri Sabah itu berkata, prinsip keadilan dan undang-undang antarabangsa mendorong beliau bagi menyokong keadilan terhadap konflik ini.

“Saya memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk penyelesaian dua negara yang mana Palestin dan Israel wujud sebagai negara bebas dengan sempadan diiktiraf masyarakat antarabangsa, berdasarkan Resolusi Nombor 242 dan 338 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Saya percaya bahawa rakyat di Palestin dan Israel mahu menjalani kehidupan mereka dengan aman, ingin melakukan aktiviti harian dan mempunyai hak yang dilindungi daripada ancaman keganasan.

“Saya menyeru agar keganasan dihentikan serta-merta dan menggesa semua pihak untuk melindungi keselamatan awam,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat