Tya kini pengacara

- Advertisement -

Pelakon dan penyanyi, Tya Arifin mengorak langkah baharu dalam bidang seni apabila bergelar pengacara menerusi program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.

Program yang bersiaran secara langsung setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam di Instagram Live sejak 14 Jun lalu itu, sekali gus membolehkan Tya juga ibu kepada dua cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.

Tya yang juga pengasas produk jus kesihatan, Mutyara berkata, pandemik yang sudah lebih setahun melanda turut menjentik semangat dirinya berkongsi perkara positif selain mahu memberi inspirasi menerusi program berkenaan.

“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram dan YouTube. Sebenarnya ketika di Indonesia, saya pernah juga menjadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan.

“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat sesi siaran langsung di Instagram, jadi tidak canggung. Selepas itu, saya uruskan sendiri, termasuklah menata rias diri dan menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah, tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.

“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah tidur. Jadi, masa bersiaran saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang siaran langsung di telefon bimbit,” katanya.

Setakat ini sudah lebih 30 episod bersiaran yang kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.

 

KASIH ibu, meskipun sibuk Tya tetap ada masa bersama dua anaknya.
KASIH ibu, meskipun sibuk Tya tetap ada masa bersama dua anaknya.

 

Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti tempatan, Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Ariffin turut menjemput selebriti dari negaranya, Indonesia.

Antara selebriti ternama tanah air yang pernah dijemput ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Datin Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad dan ramai lagi.

“Saya fikir ketika pandemik ini, ramai yang bergelut dengan pelbagai masalah. Bahkan, terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan saya boleh menyebarkan aura baik.

“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan masyarakat. Malah, ada yang bersifat semasa dan terkini. Saya juga tidak bataskan hanya tetamu jemputan dalam kalangan wanita saja tetapi lelaki pun ada. Dulu, perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan saja.

“Kini sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat perkara sama. Malah, saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran ini banyak juga perkara dikongsi, selain Instagram,” katanya.

Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputannya.

“Kalau dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu, saya pasti akan bangga. Begitu juga dalam kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia kerana saya bercita-cita ingin mengundang tokoh pemimpin dan pakar motivasi selepas ini,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat