Terengganu Beralih Ke Fasa Tiga Bermula Jumaat Ini – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan rasmi hari ini mengumumkan negeri Terengganu akan beralih ke fasa tiga berkuatkuasa 17 September 2021 (Jumaat).

Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut hasil persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik dan kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki fasa tiga sebelum ini.

“Bagaimanapun, ekoran kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, saya mendapati orang ramai mula mengabaikan SOP yang ditetapkan.

“Sehubungan itu saya berharap rakyat terus patuh pada SOP untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Kesediaan kerajaan membenarkan lebih banyak kelonggaran tidak bermakna kita sudah boleh mengabaikan langkah-langkah keselamatan yang diamalkan selama lebih setahun ini,” katanya.

Beliau turut berharap agar kelonggaran-kelonggaran yang diberikan itu dapat dimanfaatkan oleh rakyat secara penuh disiplin dan bertanggungjawab dengan mematuhi setiap SOP yang ditetapkan seperti memakai pelitup separuh muka, penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

“Pihak penguat kuasa akan sentiasa memantau dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya didapati ada pihak yang melanggar garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, Perdana Menteri turut mengumumkan  beberapa kelonggaran baru bagi negeri-negeri yang berada di bawah fasa satu, dua dan tiga, seperti berikut;-

i. Kelonggaran baharu bagi sektor sosial/pendidikan di negeri Fasa 2
PPN SAHAJA
– Pengoperasian Institut Latihan Sektor Pengangkutan Udara dan Darat
DIBENARKAN

ii. Kelonggaran baharu bagi sektor sosial/pendidikan di negeri Fasa 1
dan Fasa 2 PPN SAHAJA
– Tabika, Taska, Tadika, Pusat Jagaan Harian Serta Pusat Perkembangan Minda DIBENARKAN beroperasi bagi anak-anak yang ibu bapanya bekerja. Operator dan pekerja di pusat–pusat ini perlu menerima vaksinasi lengkap sebelum dibenarkan beroperasi.

iii. Kelonggaran baharu bagi sektor rekreasi di negeri Fasa 1 dan Fasa 2
PPN
– Kebenaran aktiviti kolam memancing dalam tempoh PPN dengan mematuhi syarat vaksinasi lengkap berdasarkan ketetapan berikut :
Fasa 1 : 6.00 pagi – 8.00 malam di daerah yang sama
Fasa 2 : 6.00 pagi – 10 malam di negeri yang sama.

iv. Kelonggaran baharu bagi sektor sosial di negeri Fasa 2 dan Fasa 3
PPN SAHAJA
– Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal melibatkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) dan tertutup (indoor) DIBENARKAN kepada individu telah lengkap vaksin (secara tempahan, sanitasi, penjadualan penggunaan dan pemantauan rapi.

– Aktiviti sukan dan rekreasi berpasukan yang melibatkan sentuhan fizikal
(seperti bola sepak, bola tampar, takraw dan lain-lain) DIBENARKAN
mengikut kapasiti penuh sukan tersebut TERHAD bagi individu yang
telah lengkap vaksin sahaja dan dilakukan di premis yang mempunyai
kawalan penyeliaan sepenuhnya.

– Aktiviti kecergasan individu seperti senamrobik, zumba dan
seumpamanya yang dilakukan secara berkumpulan di kawasan/premis
yang sama dengan mematuhi 50% kapasiti atau tidak melebihi 50 orang
(mana-mana yang lebih rendah) bagi individu yang lengkap divaksin,
dengan seliaan jurulatih/instruktur DIBENARKAN

v. Kelonggaran baharu bagi sektor sosial di setiap Fasa PPN
– Aktiviti Ziarah Kubur Islam DIBENARKAN dengan mengikut ketetapan
pihak Berkuasa Agama Negeri. Aktiviti ziarah Kubur selain Islam juga
DIBENARKAN dengan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan
Negara (KPN).

– Kapal Persiaran DIBENARKAN dibuka dengan 50% kapasiti – semua
anak kapal dan penumpang mesti lengkap divaksin.

vi. Kelonggaran baharu bagi sektor pekerjaan/ekonomi di negeri Fasa 1
PPN SAHAJA.
– Pembekalan mineral dan bahan batuan termasuk pasir serta pergerakan
dari tenemen mineral kuari atau tapak pengorekan ke premis atau tapak
projek pembinaan infrastruktur awam yang utama dan kerja-kerja
pembinaan bangunan serta premis industri/perkhidmatan perlu yang
DIBENARKAN.- Penjagaan dan penyelenggaraan di atas tenemen mineral, kuari dan
tapak pengorekan serta di premis Lesen Mineral dan Lesen Memproses
Mineral DIBENARKAN bagi tujuan keselamatan (safety and security)
untuk mengelakkan risiko kemalangan.

– Pengoperasian tenemen, mineral dan tapak pengorekan bagi tujuan
penghasilan mineral dan bahan batuan termasuk pasir DIBENARKAN

– Pengeksportan mineral dan bahan batuan termasuk pasir sungai ke luar
negara DIBENARKAN

– Perladangan berasaskan kayu dan kenaf DIBENARKAN

– Jenis perniagaan berikut DIBENARKAN kembali beroperasi dengan
syarat vaksin yang telah ditetapkan.
a. Kedai barang fotografi/ perkhidmatan fotografi;
b. Kedai barangan terpakai;
c. Kedai bunga/ nurseri;
d. Kedai kraftangan dan cenderahati;
e. Kedai antik;
f. Kedai alat permainan;
g. Kedai permaidani;
h. Kedai kandungan kreatif/ peralatan industri kreatif;
i. Kedai outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan
lain-lain);
j. Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi;
k. Kedai tembakau (termasuk vape / rokok elektronik).

vii. Kelonggaran baharu bagi sektor pekerjaan/ekonomi di negeri Fasa 2
PPN SAHAJA
– Semua pejabat swasta DIBENARKAN beroperasi seperti berikut:
a. Kapasiti 60% pekerja sekiranya 40% pekerja telah lengkap vaksin
b. Kapasiti 80% pekerja sekiranya 60% pekerja telah lengkap vaksin
c. Kapasiti 100% pekerja sekiranya 80% pekerja telah lengkap
vaksin
– Kenderaan pekerja dengan penumpang lengkap vaksin DIBENARKAN
dengan 100% kapasiti kenderaan
– Kilang Perabot DIBENARKAN beroperasiiii.

viii. Kelonggaran baharu bagi sektor pekerjaan/ekonomi di negeri Fasa 2
dan 3 PPN SAHAJA
– Aktiviti-aktiviti Sektor Pengurusan Perhutanan DIBENARKAN,
merangkumi Pengusahasilan Hutan (Pembalakan); Pengusahasilan
Hutan (Hasil hutan bukan kayu); Perladangan hutan dalam Hutan
Simpan Kekal (HSK); dan Pembangunan hutan (di bawah Projek
Pembangunan Hutan RMKe-12)

ix. Kelonggaran baharu bagi sektor pekerjaan/ekonomi di Fasa 2,3,4 PPN
– Mesyuarat sahaja secara bersemuka DIBENARKAN kepada individu
yang telah lengkap vaksin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat