Pesawat Kargo Indonesia Terhempas Di Kawasan Pergunungan Papua

- Advertisement -

JAKARTA – Sebuah pesawat kargo yang membawa tiga kru terhempas di sebuah kawasan pergunungan yang terletak di wilayah Papua, hari ini.

Pesawat Rimbun Air itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan sejurus sebelum ia dijadualkan mendarat di sebuah lapangan terbang di Papua Intan Jaya, kata pegawai polis dan pengangkutan.

“Cuaca di lapangan terbang tidak berapa baik. Kami menjangkakan pesawat tersebut akan mendarat, namun laluan landasan tidak berapa jelas kelihatan,” kata jurucakap polis Papua, Ahmad Mustofa Kamal.

Serpihan pesawat jenis Twin Otter 300 itu kemudiannya ditemui oleh penduduk tempatan kira-kira tiga jam kemudian berhampiran sebuah kampung di kawasan tanah tinggi itu.

Sementara itu, menurut laporan laman berita Kompas, berdasarkan keadaan pesawat, kesemua kru dikhuatiri tiada yang selamat. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat