‘Lepas post mortem habis, saya belanja dato makan KFC yer’ – Dr Akmal

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh berkata, beliau akan menjemput Timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed ke ‘post mortem’ pada khamis ni dan mendengar sendiri dari pemuda-pemuda UMNO seluruh negara telah rancang dan laksanakan untuk mendekati golongan muda.

Katanya lagi, kadang-kadang bila seseorang itu bercakap, dia tak sedar yang dia tidak berpijak di bumi yang nyata dan itulah salah satu punca kekalahan.

“Apa yang sayap buat?

“Tak pe, saya jemput dato timbalan speaker dewan negara untuk ke post mortem khamis ni dan dengar sendiri dari pemuda-pemuda UMNO seluruh negara apa yang kami telah buat

“Kadang-kadang bila kita bercakap kita tak sedar yang kita tidak berpijak di bumi yang nyata dan itulah salah satu punca kekalahan

“Bila ada orang yang menyatakan kerisauan dan suara akar umbi, dianggap orang itu musuh sebab tidak sehaluan.” Kata Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, pada Selasa.

Dr Akmal meminta Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Pulai agar tidak berfantasi dan bersedia menghadapi realiti.

“Lepas post mortem habis, saya belanja Dato makan KFC yer.” Sindir Dr Akmal.

Terdahulu, Nur Jazlan dalam kenyataan Facebooknya berkata, pengundi muda menolak calonnya (UMNO) kerana mereka tidak mempunyai ilmu politik dan disogok dengan “makanan segera”.

Beliau mendakwa semakannya sendiri di Selangor mendedahkan pengundi muda tidak tahu tentang pengundian atau mengenai calon dan logo parti.

“Mereka tanya kawan nak undi siapa dan undi mereka didorong oleh insentif kewangan atau makan KFC selepas mengundi.

Nur Jazlan juga mempersoalkan peranan ketua-ketua sayap parti UMNO bagi menarik sokongan pengundi muda.

Bekas timbalan pengerusi Umno Johor itu juga memberitahu sejak PRU ke-14 hingga Sabtu lalu, dia mendapati sokongan pengundi muda – khususnya pengundi 18 tahun – sangat suram terhadap Umno.

“Apa yang ketua-ketua sayap parti buat selama ini untuk menarik orang muda agar menyokong Umno? Kalau setakat cakap-cakap saja, orang lain pun boleh buat kerja itu,” tempelaknya.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat