PAS Jadi Pendamai, Sebab Itu Tak Pernah Serang UMNO – Mohd Khairuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa parti itu sentiasa memainkan peranan positif apabila mengambil pendirian sebagai ‘pendamai’ ketika berlaku kemelut dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Memetik laporan Malaysiakini, Mohd Khairuddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata PAS tidak pernah menyerang UMNO sebaliknya kekal menjadi perantara buat Bersatu dan UMNO yang dilihat berseteru.

“PAS sentiasa menjadi pendamai sebab itulah PAS tidak pernah serang UMNO.

“Hanya sedikit cubit-cubit sayang terhadap Presiden UMNO yang menggerakkan usaha menarik sokongan (terhadap PN), itu sajalah,” katanya.

Mohd Khairuddin yang juga anggota parlimen Kuala Nerus berkata, PAS juga menjadi jambatan kepada parti-parti utama Melayu.

Menurutnya lagi, dalam mesyuarat yang diadakan PAS semalam, mereka bersetuju untuk mempertahankan PN dan pada masa yang sama memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

“Bagaimana kaedah memperkukuh Muafakat Nasional itu adalah kerja dalaman PAS yang tak boleh didedahkan kepada umum,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat