Ismail Sabri dicalonkan PM jika Muhyiddin letak jawatan?

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Beberapa fraksi dalam kerajaan Perikatan Nasional sedang mendapatkan persetujuan ahli-ahli Parlimen mereka bagi menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan untuk meletak jawatan.

Dalam perjumpaan semalam di sebuah hotel di ibu negara, sebahagian ahli Parlimen UMNO mencadangkan nama Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun tumpuan sekarang ialah untuk mendapatkan persetujuan majoriti ahli Parlimen dari Bersatu, Pas, dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan UMNO kumpulan 15.

PM Muhyiddin Yassin dikatakan telah memberi lampu hijau kepada usaha ini bagi memastikan pentadbiran kerajaan semasa pandemik Covid-19 tidak terjejas. Bagaimanapun beberapa fraksi dalam Bersatu belum memberi kata putus.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilaporkan sedang menguruskan usaha menyatukan semua pihak bagi mengelakkan kemelut politik negara menjadi berpanjangan.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat