Peneroka haram REE, kerajaan negeri Kedah perlu beri penjelasan – Mahdzir

- Advertisement -

PADANG TERAP — Kerajaan negeri perlu menjelaskan isu berkaitan penerokaan haram Unsur Nadir Bumi (REE) yang berlaku di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sikap berdiam diri kerajaan negeri dalam isu REE menimbulkan tanggapan bahawa kegiatan perlombongan di kawasan itu didalangi oleh pihak tertentu.

“Kalau tak ada penjelasan, itu yang menimbulkan keraguan tentang kedudukan REE itu.

“Sehingga hari ini tak ada penjelasan daripada mereka. Ada dalang?

“Saya tak tahu ada dalang ke tak? Kalau dok senyap ini orang mula syak ada dalang,” ujarnya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bakul Makanan Puteri UMNO Kedah di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka dekat sini hari ini.

Menurut Mahdzir, isu REE ini semakin parah setelah pembongkaran kes pemerdagangan manusia apabila warga asing diambil bekerja di kawasan tersebut semalam.

“Saya fikir bahawa perkara yang dikaitkan dengan isu perlombongan ini adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri kena ambil tanggungjawab samada perlombongan itu dibuat secara haram atau berlesen.

“Apa sebenarnya yang berlaku? Ia menjadi tanda tanya kepada semua orang. Sampai hari ini tak dapat penyelesaian REE yang berlaku itu.

“Minggu ini ada dibawa ke mahkamah, ada pekerja asing yang ditahan imigresen kerana masuk secara haram, kita pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Tambah beliau, isu REE menimbulkan tanda tanya termasuk berkaitan syarikat yang diberikan permit untuk melombong di kawasan tersebut.

“Dalam REE ini… perlombongan ini syarikat mana yang ditawarkan dan dianugerahkan lesen untuk melombong. Apabila syarikat itu ditawarkan adakah syarikat itu memenuhi kriteria untuk melombong?

“Jabatan Alam Sekitar, mana ada kenyataan dan kedua Pejabat Tanah dan Galian, jika keluarkan lesen dan luluskan, apa kriterianya? Semua jabatan ada prosedur operasi standard.

“Kemudian ada kena tangkap, pekerja asing tak sah. Itu yang persoalan yang ditanya rakyat,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan kegiatan pemerdagangan manusia dan kecurian REE di Bukit Enggang dan pihak polis telah melakukan tangkapan sembilan individu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, empat suspek tempatan termasuk seorang wanita ditahan pada 21 Jun lalu, manakala seorang lagi ditahan pada 25 Jun lalu.

Februari lalu, dilaporkan 52 lelaki ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) selepas disyaki melakukan aktiviti penerokaan unsur nadir bumi (REE) secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat