Testament Bakal Gegar Pentas Zepp 30 September Ini

- Advertisement -

Desas desus berita mengenai ‘persinggahan’band yang berpaksikan thrash metal ini ke Malaysia telah mula diperkatakan sejak Mei lagi, apatah lagi mereka masih lagi dalam rangka mempromosikan album ‘Titan Of Creation’ yang telah diriliskan pada tahun 2020.

Setelah hampir 3 tahun album tersebut diriliskan, jadual persembahan Testament tetap padat kerana kesibukan siri jelajah di seluruh dunia.  Siri jelajah tersebut turut merangkumi Filipina dan Jepun.

Sebagai salah satu destinasi persinggahan Asia dalam jelajah dunia untuk promosi Titans Of  Creation, LampuNeon selaku penganjur konsert Testament buat julung kalinya akan menemui peminat metal tempatan pada 30  September 2023 di Zepp Kuala Lumpur.

Testament yang berasal dari Berkeley, California merupakan tunjang penting arena thrash metal Bay Area sekitar 1980-an. Ditubuhkan pada tahun 1983, band ini kini dianggotai oleh  pemain gitar irama Eric Peterson, vokalis Chuck Billy, pemain gitar utama Alex Skolnick,  pemain gitar bass Steve Di Girgio dan pemain dram Chris Dovas. Semenjak penubuhan,  Testament telah melalui pelbagai pertukaran ahli dan Peterson adalah satu-satunya ahli asal  yang kekal.

Testament terkenal sebagai salah satu kumpulan paling popular dan berpengaruh yang  memimpin kumpulan gelombang kedua thrash metal. Tergolong dalam ‘6 Nama Besar’ thrash metal selain Metallica, Megadeth, Slayer, Anthrax dan Exodus, lebih 14 juta salinan album  mereka telah terjual di seluruh dunia, dengan lebih 1.4 juta di Amerika Syarikat. Bermula dari  album sulung The Legacy sehingga kini, Testament telah melahirkan 13 album studio, 4 album  live, 5 album kompilasi, 12 lagu single dan 3 buah DVD.

Tahun 2020 menyaksikan pelancaran album studio ke-13 berjudul Titans Of Creation. Bagaikan  unsur-unsur planet ini yang berkembang di kalangan semua makhluk hidup, setiap pemuzik  Testament merupakan komponen penting dalam penghasilan album terbaru ini. Kesinambungan  dari album sebelumnya yang sarat dengan tenaga yang tiada tandingan, album in mempamerkan  bass, vokal baharu dan karya gitar Peterson dan Skolnick yang sangat kompleks dan memukau.  Gaya muzik Testament telah berkembang melalui penghasilan album ini, lebih cemerlang,  memikat, progresif serta teguh berakarkan thrash metal tradisional.

 

Berpengalaman bermain muzik bersama legenda perintis heavy metal sepanjang karier mereka  membuktikan nh unsur thrash metal tulen, Testament menuju ke dimensi baharu membawa  bersama muzik thrash yang menarik dan memukau.

Peminat yang ingin berkongsi pengalaman serta mengimbau kenangan boleh mendapatkan tiket yang dijual dalam 2 kategori iaitu pembelian secara online ataupun pembelian di kaunter secara ‘walk in’.  Harga tiket secara dalam talian adalah RM330, RM350, RM380 dan VIP RM750  manakala menerusi kaunter jualan: RM380, RM400, RM430 dan VIP RM750.  Pembelian boleh dilakukan di https://www.myticketempire.com/testamentliveinkl

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat