Noh Salleh nafi rumah tangga retak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Vokalis Hujan, Noh Salleh tidak tahu menahu bagaimana kisah keretakan rumah tangganya bersama penyanyi Mizz Nina boleh timbul.

Menyifatkannya sebagai berita palsu, penyanyi berusia 37 itu berkata, ini kali pertama mendengar gosip sedemikian sepanjang 11 tahun mendirikan rumah tangga.

“Entahlah, saya tiada komen, anda semua kena tipu. Saya sendiri baru tahu, tidak sangka ada juga cerita-cerita begini.

“Itu adalah berita palsu.

“Bagi saya, perkara seumpama ini tiada maknanya. Kisah peribadi adalah hak saya.

“Saya mahu menonjolkan karya seni, bukan perkara peribadi,” katanya.

 

Noh dan Mizz Nina tidak menyangka wujud perasaan cinta lain yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila memiliki cahaya mata. – Foto IG Mizz Nina

 

Berbicara soal anak, Noh dan Mizz Nina yang mengambil anak angkat, Baby Musa pada Mac lalu bahagia dengan kehadiran cahaya matanya.

Katanya, dia tidak menyangka wujud perasaan cinta lain yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila memiliki cahaya mata.

“Apabila sudah memiliki anak barulah saya tahu ada perasaan sayang pada tahap berbeza.

“Saya dan Nina sentiasa risaukan keadaan kesihatan Musa. Dua minggu sekali kami akan membawa Musa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat