Penyanyi sepatutnya ada ideologi sendiri – Tam

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Kumpulan rock ska negara, Spider enggan membenarkan lagu-lagu popular mereka dirakamkan semula oleh artis baru seperti mana trend sekarang.

Vokalisnya Tam berkata, mereka sering didatangi permintaan sebegini sejak dahulu, namun tidak dibenarkan oleh publishing.

“Dalam urusan jaga hak eksklusif kenalah tanya publishing. Pada saya, ada orang suka trend begini dan ada yang tidak.

“Saya dah mati nanti nyanyilah. Kami punyai hak sendiri untuk lagu tapi publishing diuruskan oleh Luncai Emas.

“Mereka pun tak boleh buat apa-apa tanya persetujuan saya,” katanya ditemui pada sidang media YOLO Live Sessions: 3 Generasi’ di Restoran Rebung semalam.

Tam mempersoalkan kenapa artis sekarang tidak menghasilkan lagu baru berbanding merakamkan semula lagu popular.

“Mereka tak boleh buat lagu baru ke? Tak yakin dengan lagu baru untuk naik? Lemah! Saya cabar mereka. Patutnya cabar lagu yang ada. Bukan buat semula lagu yang ada.

“Kena kreatiflah. Biar seorang saja buat sudah, jangan jadikan kebiasaan. Pada saya ada pro dan kontra. Namun terpulang pada artis, komposer dan penulis lirik.

“Tapi pada saya secara peribadi, daripada ambil apa yang dah ada baiklah buat sendiri. Kalau tak, tak rasa lah kreativiti itu,” katanya.

Menurutnya, cabaran orang seni ialah sentiasa mencari benda baru untuk dibuat dan percaya apa yang dibuat.

“Mereka cipta lagu tapi tak percaya boleh diterima. Penyanyi sepatutnya ada ideologi sendiri.

“Kalau dia rasa nyanyi lagu lama boleh naikkan namanya, saya tak halang. Ini adalah pertaruhan. Apapun baik buat lagu sendiri kerana kosnya sama juga,” katanya.

Spider akan beraksi bersama XPDC dan Noh Salleh di Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang pada 27 Ogos ini. “Kami akan beraksi selama 45 minit. Ikutkan tempoh ini tak cukup tapi okeylahcuntuk showcase pemanas badan kami.

“Lagipun dah lama kami tak buat persembahan secara langsung buat mereka. Kami sedang melihat peluang yang ada kerana ini masa terbaik untuk kami buat konsert solo selepas ini.

“Cadangan untuk buat konsert Anniversary Spider tahun lalu gagal kerana pandemik. Sekarang baru kami rancang agenda seterusnya,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat