RuralStar Huawei rapatkan jurang digital di Bera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Dalam usaha merapatkan jurang digital di kalangan penduduk luar bandar, Huawei Malaysia telah menganjurkan Majlis Pelancaran RuralStar Huawei bagi daerah Bera dan kawasan sekitarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, RuralStar merupakan peranti infrastruktur rangkaian telekomunikasi teknologi terkini yang dapat menghubungkan kawasan yang bukan hanya terpencil tetapi juga tidak mempunyai infrastruktur komunikasi yang lengkap.

“Pelancaran RuralStar ini amat penting agar teknologi baharu seperti ini dapat memudahkan salinghubungan (ketersambungan) kepada komuniti-komuniti yang sukar dijangkau.

“Saya sangat berterima kasih kepada Huawei Malaysia kerana pada majlis ini, sebanyak 200 tablet jenama Huawei berserta kad SIM Celcom telah diserahkan kepada golongan pelajar di Bera yang memerlukan bantuan pembelajaran,” katanya.

Ismail Sabri menjelaskan, kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta seperti ini dapat menggalakkan lagi pendidikan digital.

“Insya Allah, kita akan berjaya mengatasi sebarang kesukaran dan cabaran dengan mengekalkan perpaduan dan kerjasama yang erat kerana saya percaya, terpencil bukan bermakna tidak terjangkau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat