YBR Peruntuk RM160 Ribu Kepada Pelajar Unimas Dan Uitm Sarawak

- Advertisement -

KOTA SAMARAHAN – Sebanyak RM160 ribu diperuntukkan Yayasan Bank Rakyat (YBR) bagi Bantuan Awal Pengajian kepada pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Sarawak Kampus Kota Samarahan.

Pengerusinya, Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata seramai 160 orang pelajar diberikan bantuan tersebut sebagai persediaan untuk memulakan pengajian.

“YBR telah memperuntukan RM160 ribu kepada pelajar UNIMAS dan UITM Cawangan Sarawak dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah yang telah menerima tawaran kemasukan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk memulakan pengajian di semester yang baru.

“Saya berharap agar lebih ramai agensi atau badan bukan kerajaan seperti ini akan tampil dan mengikut jejak langkah dengan membantu memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya masyarakat luar bandar,” katanya.

Selain itu beliau berharap melalui inisiatif seperti ini dapat meringan beban ibu bapa yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh negara.

Tambahnya lagi, program bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar IPT sebelum mendapat mana-mana bantuan atau dana dalam meneruskan pengajian sedia ada.

“Bantuan Awal Pengajian yang berobjektifkan untuk membantu pelajar dari keluarga yang kurang bermampuan terutama di kalangan B40 dalam memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di negara ini.

“Bantuan permulaan ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang komited, berkualiti, mampan, bercirikan keusahawanan, serta mampu berdaya saing di semua peringkat yang menjadi asas kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara untuk jangka masa yang panjang serta berharap agar pelajar memanfaatkan setiap peluang yang disediakan.

“Setiap dari mereka akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 setiap seorang bagi membuat persediaan kemasukan sesi pengajian yang baru sahaja bermula,” katanya.

Untuk rekod, sehingga kini seramai 3,277 pelajar telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.2 juta sejak tahun 2017 dan tahun 2022, sejumlah RM1.0 juta diperuntukan bagi bantuan ini.

Pengerusi YBR telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian YBR kepada pelajar UNIMAS dan UITM Sarawak.

Replika cek diserahkan kepada Prof. Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi Naib Canselor UNIMAS dan Prof. Dato Dr Jamil Hj Hamali, Rektor UITM Cawangan Sarawak di majlis yang berasingan.

Turut hadir dalam sesi penyampaian adalah Pebgurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat