Kerajaan pimpinan Ismail Sabri kuat, didukung MP kerajaan, pembangkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah stabil dan komited untuk meneruskan segala kerja yang telah diputuskan dan diasaskan dalam pentadbirannya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa kerajaan hari ini kuat kerana ia didukung bersama ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Ada orang kata kerajaan ini lemah, saya kata kerajaan ini kuat. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, satu kerajaan yang didukung bersama ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Saya dah jadi menteri banyak penggal, belum ada satu kerajaan yang tertulis hitam putih, pembangkang dan kerajaan sanggup menyokong perdana menteri sehingga perdana menteri mempunyai sokongan lebih dua pertiga,” katanya memetik laporan Bernama di Putrajaya, semalam.

Dalam perkembangan lain, Annuar memberitahu, UMNO masih belum membuat ketetapan berhubung tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan gesaan supaya PRU15 diadakan segera hanyalah pandangan individu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Ketereh berkata, hanya kepimpinan tertinggi parti yang layak dan mempunyai autoriti untuk bercakap soal PRU.

“Biarlah presiden, timbalan presiden atau Top 5 (lima pemimpin tertinggi UMNO), itulah orang-orang yang berautoriti untuk bercakap soal bila (PRU).

“Setakat yang saya tahu dan saya rasa saya tidak salah, parti belum lagi memutuskan apa-apa,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang menyelarnya kerana menolak gesaan supaya PRU15 diadakan segera.

Annuar berkata, kerajaan hari ini dibentuk daripada gabungan pelbagai parti dan setiap parti berhak menyatakan pandangan mereka bilakah masa yang sesuai untuk membubarkan Parlimen.

“Bila nak bubar kerajaan, selain UMNO, parti-parti lain juga berhak untuk nyata pandangan sebab kalau setakat UMNO saja bubar atau Barisan Nasional (BN) saja (bubar) atau kita tak teruskan (dan) kita keluar dengan 42 (Ahli Parlimen), kalau 80 (Ahli Parlimen) yang lain masuk, kerajaan tetap ada.

“Parti kata T5 akan bermesyuarat dengan perdana menteri, itupun belum buat apa-apa keputusan. Soal tajuk pilihan raya tidak berbangkit, lebih baik tumpu kerja masing-masing,” katanya.

Mengenai desakan sesetengah pihak agar PRU segera diadakan kerana terdapat usaha mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Annuar menafikan perkara itu.

“Ini adalah penggal kelima Parlimen ke-14. Penggal kelima memang penggal pilihan raya. Jadi kalau orang bercakap tentang pilihan raya, memang inilah masanya.

“Pada saya tak kisah siapa-siapa boleh beri pendapat, tak ada betul atau salah. Saya sudah beri pendapat saya. Kalau BN, parti saya sudah sedia, segerakanlah pilihan raya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,592FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat