Video: Masyarakat JB Sengaja Cari Nahas, Degil Dan Bodoh

- Advertisement -

Johor Bharu – Kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang degil dan engkar dengan Perintah Kawalan Pergeerakan (PKP), seorang doktor terpaksa meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman media sosial.

Menurut Doktor di salah sebuah klinik swasta itu, beliau begitu marah apabila masyarakat di Johor Bahru masih memandang ringan akan bahaya penularan wabak Covid-19.

“Hari ini saya amat-amat marah sebab dapat banyak aduan dari para pesakit yang datang hinggakan doktor (saya) jadi takut kerana Johor Bahru telah dikategorikan sebagai zon merah.

“Bila berada di zon merah maksudnya kita berisiko tinggi untuk mendapat (kontak rapat) dengan pembawa (virus) yang belum dikenal pasti, maksudnya mereka ada di mana-mana.

“Saya kecewa tadi ada pesakit datang (klinik), maklumkan 2 hari lepas dia bersama anaknya pergi ke (pasaraya) Speedmart di kawasan Taman Bukit Mutiara.

“Dia kata dekat situ macam tidak ada PKP, macam tak ada orang jaga (polis), kedai-kedai (masih) buka sesuka hati dan ramai juga yang mengadu mengenai Econsave di Taman Daya serta pasar di Larkin langsung tidak amalkan penjarakan sosial selamba berkumpul macam tak ada apa-apa berlaku,” katanya melalui satu klip video yang dimuatnaik.

Menurut klip video berdurasi 12 minit 26 saat itu, doktor tersebut turut menyifatkan masyarakat di Johor Bharu sebagai degil.

“Itu yang buat saya bengang dan marah sebab masyarakat dengan JB ini macam sengaja nak cari nahas, nak suruh virus tu kejar korang.

“Mentaliti masyarakat terutama yang dekat Johor Bharu ini degil sangat sedangkan kita (doktor) tahu virus ini boleh berada (bertahan) di permukaan untuk beberapa hari.

“Kalu korang sengaja pergi (bersosial) bersentuh sana bersondol sini (jadi) saling berpegangang ia (virus) akan jadi satu rantaian yang sangat panjang jadi sampai bila masalah ini akan selesai?” soalnya pula.

Doktor tersebut turut mendakwa sikap sambil lewa masyarakat ini bakal memberikan impak yang besar terhadap ekonomi negara.

“Kerajaan terpaksa tanggung manusia yang degil ni tak kerja (sebab PKP) duduk berkumpul sana-sini.

“Kemudian minta bantuan dan macam-macam insentif dari kerajaan tapi kau degil, bodoh (masih) duduk sana sini.. Hah ni mula lah Doktor nak marah, geram,” tegasnya lagi. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat