Biden Cadang Pelan Pemulihan Ekonomi AS Bernilai AS$1.9 trilion

- Advertisement -

WASHINGTON: Presiden dipilih, Joe Biden mencadangkan suntikan dana bernilai AS$1.9 trilion (RM7.6 trilion) bagi pelan pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) sebaik beliau mengambil alih jawatan itu secara rasmi minggu depan.

Perancangan bersama pemimpin Demokrat yang menguasai kedua-dua dewan di Kongres dijangka menjadi pakej bantuan pandemik ketiga terbesar.

Pegawai kanan kerajaan yang bakal menyertai pentadbiran Biden berkata, ia digelar sebagai pelan penyelamat Amerika dengan cadangan pakej merangkumi beberapa langkah yang akan dilaksanakan khusus bagi menghidupkan semula ekonomi terbesar dunia itu.

Melalui pelan itu, Biden mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada AS$15 (RM60) sejam, bantuan AS$350 bilion (RM1.4 trilion) kepada kerajaan tempatan dan negeri yang terjejas dan membuka semula sekolah secara selamat.

Senator Kanan Demokrat, Chuck Schumer dan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi mengalu-alukan pelan itu dan berikrar akan mengemukakannya kepada penggubal undang-undang.

“Kami akan terus bekerja bagi mengubah visi Presiden dipilih Biden menjadi undang-undang yang akan diluluskan di kedua-dua dewan dan ditandatangani menjadi undang-undang,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Bagaimanapun itu hanyalah langkah pertama, dan pegawai mengatakan Biden berhasrat untuk mengemukakan pelan pemulihan kedua kepada anggota dewan selepas pelantikannya pada Rabu bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan memerangi perubahan iklim.

AS sebelum ini melaporkan lonjakan permohonan tuntutan pengangguran pada minggu pertama 2021 kepada hampir satu juta, tahap tertinggi sejak Ogos.

Berdasarkan dokumen kempen, cadangan Biden turut membabitkan pelancaran besar-besaran kempen vaksinasi COVID-19 dan penambahan jumlah pakej rangsangan melalui rang undang-undang bantuan ekonomi yang diluluskan Kongres bulan lalu.

“Kita sedang mengejar masa, dan tanpa adanya bantuan tambahan kerajaan, ekonomi dan krisis kesihatan awam akan bertambah buruk dalam beberapa bulan akan datang.

“Sekolah tidak akan dapat dibuka semula dengan selamat, dan program vaksinasi akan kekal perlahan,” katanya.

Menurut pegawai rasmi, Biden bercadang membentangkan pelan pemulihan kedua itu kepada penggubal undang-undang sebaik sahaja pelantikan rasminya, Rabu ini.

Katanya, ia penting untuk membantu menghidupkan semula ekonomi yang masih ‘bertarung’ untuk berada pada kedudukannya semula ketika AS masih menyaksikan peningkatan kes COVID-19.

Kerajaan, semalam, melaporkan lonjakan permohonan tuntutan baharu pengangguran kepada hampir sejuta dalam minggu pertama tahun ini, iaitu jumlah tertinggi sejak Ogos.

Data rasmi minggu lalu turut menunjukkan keadaan ekonomi menyebabkan ramai hilang pekerjaan, Disember lalu.

Biden dijadual mengambil alih pentadbiran minggu depan selepas berdepan tempoh peralihan ‘bergolak’ yang menyaksikan serangan ganas ke atas Capitol oleh penyokong Donald Trump.

Insiden itu berlaku ketika Kongres bersidang untuk mengesahkan kemenangan Biden. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat