Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO tetapi dengan satu syarat.

Dalam temubual di Radio BFM hari ini, Ahli Parlimen Langkawi itu memberitahu syarat utamanya ialah pemimpin parti UMNO yang dituduh di mahkamah atas sebarang jenayah, sama ada mereka sudah didapati bersalah atau tidak mesti mengundurkan diri dari peranan kepimpinan sebelum beliau mempertimbangkan untuk bekerjasama.

“Ya, ya, mereka mesti (turun),” katanya semasa temu ramah “langsung” di Radio BFM pagi ini.

“Saya tidak akan bekerjasama dengan orang yang didakwa di mahkamah atas kesalahan, sama ada mereka didapati bersalah atau tidak,” tambahnya.

Kini Dr Mahathir mengetuai Pejuang selepas digulingkan parti yang diasaskannya yakni Bersatu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat