‘APNI2020 dapat perhatian penulis lirik bukan Islam’ – Farihin

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bakal menganjurkan acara Anugerah Pencinta Nasyid IKIM 2020 (APNI2020) yang berbentuk pertandingan mencipta lagu-lagu nasyid berpandukan tujuh nilai-nilai penting dalam Islam.

Mentor APNI2020, Farihin Abdul Fatah berkata, pihaknya memilih tujuh penerbit yang akan bekerjasama dengan tujuh artis nasyid, komposer serta penulis lirik untuk menghasilkan karya nasyid baharu mengikut tujuh tema.

“Alhamdulillah, selepas menjalankan bengkel dua hari sebelum ini, kami menilai senarai panjang penerbit sesuai dan tujuh yang terpilih. Malah, meraka juga dijemput untuk turut serta dalam pertandingan ini.

“Menariknya, ada seorang penulis lirik iaitu Tinta yang bukan beragama Islam, tapi terbabit sama memeriahkan program ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pembabitan penulis lirik bukan Islam itu membuktikan bahawa muzik nasyid ini sesuai untuk semua pendengar.

“Garapan liriknya, bagi saya sangat luar biasa dari perspektif individu bukan Islam. Jadi, kita dapat lirik bahawa mesej yang digarap adalah mengenai fitrah penyatuan sebagai manusia,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Radio IKIM, Mahathir Shaharuddin berkongsi mengenai senarai juri dan format pemarkahan yang digunakan.

“Kami tampilkan empat juri profesional iaitu Manan Ngah, Hairul Anuar Harun, Adeep Nahar dan Ustaz Pahrol Md Juoi dan setiap daripada mereka ada fokus masing-masing.

“Manan Ngah akan memberi fokus kepada kesesuaian tema dengan lagu, Hairul pula menumpukan pada kesesuaian lirik dengan lagu, Adeep, memberi fokus untuk penekanan vokal manakala Ustaz Pahrol akan membuat penilaian lirik yang sesuai dengan tema serta nilai agama,” katanya.

Antara penerbit yang terbabit ialah Hafiz Hamidun, Daqmie, Yasin Sulaiman, Ikhwan Fatanna, Fuad Ko, Along Exists dan AG Coco. Penyanyi yang akan turut serta adalah kumpulan Rabbani, Hijjaz, InTeam, Zayne dan Halim Ahmad, Far East, Fadzli Fareast, Naim Helmi dan Maliq Suhaimi, Awla serta Simfoni dan Afad.

APNI2020 akan disiarkan di saluran Radio IKIM serta platform digital seperti laman web rasmi IKIM, TV IKIM, YouTube IKIM dan Facebook IKIM secara serentak pada 20 Disember ini, jam 9 malam.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat