Tabung Haji tidak iktiraf mana-mana pengendali badal haji, dakwaan di media sosial mengelirukan

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) tidak pernah mengiktiraf atau memberikan sokongan secara rasmi kepada mana-mana pihak yang menjalankan perkhidmatan badal haji.

Agensi itu dalam satu kenyataan semalam berkata, dakwaan yang diberikan oleh pihak lain yang memberi maksud sebaliknya di media sosial adalah tidak benar dan boleh mengelirukan.

Orang ramai dinasihatkan membuat semakan untuk kesahihan dakwaan tersebut melalui saluran rasmi TH.

“TH berhak mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyalahgunaan nama dan logonya,” katanya.

Sebelum ini, ada beberapa aduan orang ramai berkaitan tawaran melaksanakan badal haji oleh pihak tertentu yang mengaitkan perkhidmatan tersebut dengan TH termasuk yang tular di platform media sosial.

Pihak berkuasa dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah juga menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan pakej badal haji yang menawarkan harga terlalu murah seperti sekitar RM1,500 memandangkan kos minimum domestik dan peraturan sebenar di Arab Saudi adalah tinggi.

Dasar ‘La Hajja Bila Tasrih’ kerajaan Arab Saudi menetapkan peraturan ketat iaitu tiada ibadah haji tanpa permit sah serta memerlukan visa khas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat