Baru Mula Ditayangkan, Drama Korea Mr. Queen Terima Sambutan Yang Hangat Di Seluruh Dunia

- Advertisement -

Tayangan episod satu untuk drama ‘Mr. Queen’ ternyata disambut baik oleh para peminat. Bermula dengan impak yang hebat, drama yang baru sahaja ditayangkan pada 12 Disember 2020 yang lepas ini telah berjaya mendapat rating no. 2 tertinggi dalam sejarah tayangan perdana tvN!

Berlatarkan era Joseon, drama ini merupakan sebuah drama yang menggabungkan dua zaman yang berbeza. Menceritakan tentang seorang lelaki dari dunia moden yang terperangkap di dalam badan seorang permaisuri pada zaman dahulu.

Menurut laporan dari Soompi, tayangan perdana buat drama tersebut terus melonjak ke tempat pertama sebaik sahaja disiarkan. Drama ini turut juga memperoleh purata rating sebanyak 8.0%, iaitu rating tertinggi bagi seluruh saluran kabel.

Drama yang menggantikan drama popular Start-up yang baru sahaja tamat minggu lalu turut menggantikan tempat drama ‘Mr. Sunshine’ yang sebelum ni menduduki tempat kedua dalam sejarah rating tertinggi tvN.

Drama bergenre komedi ini nampak macam menarik pula. Mungkin boleh ditambah pada watch list?

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat