Finas seru 9 syarikat produksi tampil bincang

- Advertisement -

Kota Bharu: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berharap sembilan daripada 44 syarikat produksi yang didakwa menyeleweng Dana Kandungan Digital (DKD) menghubungi pihaknya bagi membincangkan isu berkenaan sebelum hujung bulan ini.

Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid berkata, setakat ini 35 syarikat sudah menghubungi pihaknya selepas hebahan dalam akhbar berikutan dakwaan gagal menyiapkan filem melalui peruntukan DKD yang diberikan sejak 2015 hingga 2019.

“Sembilan syarikat membabitkan dana RM11 juta itu yang kebanyakannya drama dan dokumentari masih belum dapat dihubungi untuk datang berjumpa dengan pihak kami serta berbincang.

“Kami bagi (tempoh) sehingga hujung tahun ini untuk mereka datang dan kita berbincang secara baik sebelum serahkan kepada pihak peguam.

“Jika sampai ke pihak guaman, ia akan memberi kesan buruk kepada mereka dan (tindakan) sehingga (mereka) tidak lagi boleh meminta dana,” katanya ketika ditemui dalam Program Ziarah Kasih Bob Lokman di kediamannya di Kubang Kerian di sini, hari ini.

Zakaria berkata, dana itu daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu industri seni tempatan.

Katanya, jika ada projek terbengkalai yang masih boleh diteruskan, pihaknya sedia untuk berbincang dan menambah dana bagi memastikan projek itu berjalan untuk tayangan.

“Separuh daripada mereka yang datang kepada kami memberitahu penggambaran semua sudah siap, kecuali ‘post production’ kerana tidak mempunyai dana.

“Finas mempunyai dana untuk pemasaran dan paling penting, kami mahu melihat kualiti cerita adalah bagus dan jika ia bagus, kita boleh memberi tambahan dana untuk disiapkan daripada dibiarkan terbengkalai,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat