JETOUR terus melangkah, visi Travel+ dari jalan raya kepada teman pengembara

Bagi kebanyakan orang, kenderaan sekadar alat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Namun, bagi JETOUR, sebuah SUV boleh membawa makna yang lebih besar, iaitu menjadi teman perjalanan untuk meneroka tempat baharu, menikmati alam semula jadi dan mencipta pengalaman bersama keluarga.

Berpegang pada idea itu, JETOUR memperkenalkan pendekatan “Travel+” sejak penubuhannya pada 2018. Selepas lapan tahun, apa yang bermula sebagai strategi pembangunan produk kini berkembang menjadi identiti jenama yang menggabungkan dunia automotif dengan minat terhadap pengembaraan dan aktiviti luar.

Perkembangan ini turut mengubah cara JETOUR membina kenderaannya. Daripada sekadar mengejar reka bentuk yang menarik, jenama ini memberi perhatian kepada keperluan pengguna yang mahukan SUV dengan ruang praktikal, keselesaan untuk perjalanan jauh dan keupayaan menghadapi pelbagai keadaan jalan.

Reka bentuk berkotak yang menjadi identiti JETOUR juga bukan sekadar soal penampilan. Gabungan gaya lasak, ruang dalaman yang praktikal dan keupayaan pemanduan luar jalan menjadikan kenderaannya sesuai digunakan untuk urusan harian, sebelum bertukar menjadi teman perjalanan apabila tiba hujung minggu atau musim cuti.

Pendekatan ini nampaknya mendapat sambutan di pasaran antarabangsa. Sehingga September 2026, jualan terkumpul global JETOUR mencecah 2.56 juta unit, dengan rangkaian produknya kini berada di lebih 100 negara dan wilayah. Jenama itu turut menduduki tempat pertama dalam jualan SUV reka bentuk kotak di 13 negara.

Angka tersebut menggambarkan bagaimana minat terhadap SUV yang bukan sahaja praktikal, tetapi turut menawarkan kebebasan untuk meneroka, menjadi antara faktor yang membantu JETOUR mengembangkan pengaruhnya di peringkat global.

Di sebalik pertumbuhan itu, JETOUR turut menyusun rangkaian produknya menerusi siri T dan siri G, sambil meneruskan usaha memasuki pasaran baru. Melalui strategi “In Somewhere, For Somewhere, Be Somewhere”, syarikat itu mahu memastikan kehadirannya di sesebuah pasaran lebih dekat dengan keperluan pengguna tempatan, termasuk di pasaran yang mempunyai piawaian tinggi seperti Eropah, Australia dan New Zealand.

Bagaimanapun, JETOUR melihat perjalanan bukan hanya berkaitan destinasi atau keupayaan sesebuah kenderaan meredah laluan mencabar. Bagi jenama itu, pengalaman meneroka alam turut datang bersama tanggungjawab untuk menjaga persekitaran yang menjadi tarikan utama pengembaraan.

Atas dasar itu, JETOUR mengembangkan inisiatif pemuliharaan hidupan liar di beberapa negara. Di Afrika, kerjasamanya dengan Discovery dan Cheetah Conservation Fund menerusi kempen “Return of the Cheetah” memberi tumpuan kepada usaha melindungi cheetah yang terancam. Di Pakistan pula, Markhor Conservation Program diperkenalkan bagi menyokong perlindungan hidupan liar tempatan serta habitat semula jadi mereka.

Di Malaysia, JETOUR turut menjalinkan kerjasama berkaitan kebajikan bersama TCS dan PULIHARA. Usaha ini mencerminkan hasrat jenama itu untuk menghubungkan aktiviti perjalanan dengan tanggungjawab sosial dan alam sekitar, supaya pengalaman menikmati keindahan sesuatu tempat turut disertai kesedaran untuk memeliharanya.

Dalam masa sama, JETOUR mahu menjadikan teknologi yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kenderaan khusus untuk penggemar aktiviti lasak lebih mudah dinikmati oleh pengguna biasa. Teknologi seperti sistem pacuan empat roda pintar XWD, GAIA All-Terrain Intelligent Architecture dan sistem hibrid C-DM menjadi sebahagian daripada usaha tersebut.

Melalui gabungan teknologi ini, pengalaman pemanduan tidak perlu terhad kepada jalan raya berturap. Pengguna boleh menikmati perjalanan harian dengan selesa, selain mempunyai keupayaan tambahan apabila ingin meneroka laluan yang lebih mencabar, bergantung pada kemampuan model dan keadaan pemanduan.

Matlamatnya mudah: menjadikan aktiviti pengembaraan lebih mudah didekati oleh keluarga dan pengguna yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza, tanpa perlu menganggap pemanduan luar jalan sebagai aktiviti eksklusif untuk golongan tertentu sahaja.

Aspirasi itu bakal diketengahkan menerusi JETOUR Global Technology Experience Day 2026 yang dijadual berlangsung dari 20 hingga 23 Oktober ini, dengan tema “Future Travel Starts Now”. Acara berkenaan akan menghimpunkan tetamu antarabangsa untuk merasai sendiri pendekatan Travel+ melalui perjalanan yang merentasi kawasan bandar, pergunungan dan tanah lembap.

Antara pengalaman yang dirancang termasuk sesi Global Innovation Day yang menampilkan hala tuju inovasi jenama itu, pengalaman pemanduan merentasi hutan buluh di Moganshan serta aktiviti berkaitan pemuliharaan burung ibis berjambul di Xiazhu Lake.

Melalui pengalaman secara langsung ini, JETOUR mahu memperlihatkan bagaimana teknologi, penerokaan dan pemuliharaan boleh bergerak seiring dalam membentuk pengalaman perjalanan yang lebih menyeluruh.

Selepas lapan tahun, JETOUR kini mahu melangkah lebih jauh daripada sekadar menjual kenderaan. Jenama itu berusaha membina hubungan dengan pengguna melalui minat yang dikongsi bersama, sama ada perjalanan singkat pada hujung minggu, percutian bersama keluarga atau pengembaraan ke destinasi yang belum pernah dikunjungi.

Bagi JETOUR, masa depan SUV bukan semata-mata tentang kuasa enjin, ciri teknologi atau reka bentuk yang menonjol. Sebaliknya, ia turut bergantung pada sejauh mana sesebuah kenderaan mampu membuka lebih banyak peluang untuk orang ramai menikmati perjalanan mengikut cara mereka sendiri.

Dengan pendekatan Travel+, JETOUR kini memasuki fasa baharu dalam perkembangannya, membawa idea bahawa perjalanan bukan hanya tentang sampai ke destinasi, tetapi juga tentang pengalaman, kenangan dan hubungan dengan dunia di sekeliling kita.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat