YBR sedia bantuan persekolahan kepada 500 pelajar B40 di Pontian

- Advertisement -

PONTIAN – Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Pontian telah menyediakan bantuan persekolahan bagi membantu pelajar dalam meneruskan sesi persekolahan penggal kedua.

YBR dalam kenyataannya berkata, sebanyak RM50,000 diperuntukkan kepada 500 pelajar dari kalangan keluarga B40 yang melibatkan 15 buah sekolah di Pontian, dalam satu majlis penyerahan, di Pontian, hari ini.

“Bantuan ini berobjektif dalam memberi bantuan kewangan kepada penerima yang layak sebagai insentif tambahan untuk mereka menyediakan peralatan persekolahan yang diperlukan di sepanjang sesi pembelajaran dan pengajian dijalankan,” katanya.

Majlis Perasmian Bantuan Persekolahan YBR ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan di Sekolah Maahad Pontian, Pontian, Johor.

Turut dihadir dalam sesi penyampaian ini adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak, Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Mohd Jafri Kudus, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman.

Sementara itu, Ahmad Maslan dalam satu kenyataan berkata, beliau amat berterima kasih di atas sokongan berterusan yang diberikan oleh YBR dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik khususnya dikalangan pelajar di sekitar Pontian, Johor.

“Usaha ini seharusnya dipuji kerana ianya merupakan satu inisiatif dalam membantu mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh mereka dikalangan B40 terutamanya ketua keluarga di kawasan luar bandar dalam meneruskan sesi persekolahan anak-anak,” katanya.

Di majlis yang sama, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, jumlah bantuan yang diberikan walaupun tidak besar namun diharap dapat membantu ibu bapa dalam menyediakan keperluan sekolah yang perlu diganti.

“Bantuan Persekolahan ini dilihat sebagai alternatif terbaik bagi mengurangi bebanan kos sara hidup keluarga yang kian meningkat akibat daripada ketidaktentuan ekonomi terutamanya bagi mereka yang berada di luar bandar.

“Semoga usaha ini dapat memberi sinar kegembiraan buat murid-murid dalam menuntut ilmu serta tanda tulus ikhlas YBR dalam menyantuni mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

Untuk rekod, bagi tahun 2022, seramai 26,604 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.6 juta yang melibatkan 87 lokasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat