Lanjut Moratarium Bank Bersasar Bukti MEDAC Jaga Usahawan

- Advertisement -

PUTRAJAYA- Agensi pembiaya di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah meluluskan 90.15 peratus atau RM6.04 bilion permohonan lanjutan moratarium bank bersasar.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, lanjutan moratarium agensi -agensi pembiaya MEDAC antaranya ialah Bank Rakyat, SME Bank, TEKUN Nasional, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Tegas beliau, inisiatif ini secara khususnya adalah untuk mengurangkan beban kewangan rakyat terutamanya pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta cabaran aliran tunai yang dihadapi perniagaan susulan berakhirnya tempoh moratorium pada 30 September 2020.

“Pecahan agensi dan jumlah kelulusan terbahagi seperti berikut, Bank Rakyat RM1.65 bilion, SME Bank RM4.844 bilion, TEKUN Nasional sebanyak RM27.39 juta manakala PNS RM 3.95 juta.

“Namun begitu, sebanyak 5,422 permohonan dengan nilai RM622.34 juta atau 9.28 peratus pula telah ditolak atas beberapa justikasi penolakan seperti pendapatan pemohon tidak terjejas; pemohon gagal menyediakan bukti pendapatan terjejas; pembiayaan dalam penjadualan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK); dan pembiayaan tertunggak melebihi 90 hari dan tiada sumber bayaran balik,” katanya.

Wan Junaidi turut memberitahu, daripada jumlah tersebut, hanya 1.7 peratus permohonan yang ditolak adalah daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan baki permohonan sebanyak 98.3 peratus adalah pemohonan individu.

Katanya, manakala baki permohonan sebanyak 2,538 dengan nilai berjumlah RM41.4 juta atau 0.57 peratus pula masih dalam proses semakan dan pertimbangan agensi.

“Langkah lanjutan ini sejajar dengan Pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin pada 29 Julai 2020, membuatkan MEDAC menyahut seruan Perdana Menteri bagi lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar.

“MEDAC sentiasa memberikan komitmen tidak berbelah bagi dalam usaha untuk memperkasakan ekosistem keusahawanan selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030),” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat