GV7 tetap ‘on’, tapi tanpa penonton

- Advertisement -

PROGRAM realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) akan diteruskan penyiarannya seperti dijadualkan tetapi tanpa kehadiran penonton susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai hari ini hingga 27 Oktober ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, selain tanpa kehadiran penonton, konsert minggu kedua GV7, Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) diadakan mengikut syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Pihak Astro mengambil keputusan untuk meneruskan GV7 seperti yang dijadualkan tetapi tanpa kehadiran penonton. Dengan keputusan itu, penganjuran dua konsert mingguan yang kebetulan jatuh ketika tempoh PKPB sedang berlangsung iaitu konsert minggu kedua Ahad ini dan minggu ketiga pada 25 Oktober ini akan tetap bersiaran secara langsung dari PICC seperti biasa.

“Namun, hanya kru produksi dan tenaga kerja yang berdaftar sahaja akan dibenarkan berada di lokasi untuk mengawal jumlah bilangan kehadiran pada satu-satu masa,” katanya kepada Harian Metro.

Emarina berkata, pihaknya akan membuat makluman sekiranya ada sebarang perubahan.

“Sebarang perubahan mengenai penganjuran untuk konsert minggu keempat dan seterusnya akan diumumkan dari masa ke semasa.

“Ia tertakluk kepada perkembangan situasi semasa pandemik Covid-19 serta kelonggaran yang diberikan oleh pihak berkuasa, sekiranya ada,” katanya.

GV7 mula bersiaran pada Ahad lalu membariskan 14 peserta solo dan berkumpulan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat