Apple lancar empat variasi iPhone 12

Malaysia Konsisten Kedaulatan Palestin Perlu Dipertahankan -Hishammuddin

KUALA LUMPUR:  Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn, berkata pendirian Malaysia tetap konsisten dan tidak berganjak menyokong hak rakyat Palestin untuk memiliki...

PKR Tetap Mahu Kembalikan Mandat Rakyat, Hormat Pendirian UMNO

KUALA LUMPUR - PKR tetap akan mengekalkan usaha mengembalikan mandat rakyat meskipun menghormati pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung gencatan politik. Setiausaha...

Hukuman Berat Pemandu Mabuk Berkuatkuasa Jumaat Ini – Dr Wee Ka Siong

PETALING JAYA - Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah jalan raya khususnya pemandu bawah pengaruh alkohol dan dadah...

Addy Kanna, Goh Leong Terlibat Sindiket Macau Scam, Judi Online – Polis

KUALA LUMPUR - Polis mendedahkan sindiket yang didalangi Addy Kanna terlibat dalam kes penipuan Macau Scam, judi online dan penipuan pelaburan pertukaran mata wang...

Bekalan Air Di Hulu Selangor dan KL Pulih Sepenuhnya – Air Selangor

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air di kawasan Hulu Selangor dan Kuala Lumpur telah pulih sepenuhnya. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan...

SYARIKAT gergasi teknologi, Apple melancarkan produk ikonik paling dinantikan iaitu iPhone 12 menerusi empat variasi dan turut mengekalkan tetapan tiga lensa.

Rekaan fizikal untuk iPhone 12 menggunakan kembali reka bentuk iPhone 4 atau iphone 5 yang lebih geometrik.

Peranti generasi baru itu diperkenalkan sempena majlis maya ‘Hi,Speed’ yang turut menampilkan keupayaan jaringan 5G untuk peranti keluaran syarikat berkenaan.

Empat variasi iPhone berkenaan adalah iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max dan membezakan model baharu ini adalah pengenalan kepada versi ‘mini’.

Semua versi iPhone berkenaan dikuasakan dengan pemproses binaan 5nm pertama di dunia iaitu Apple A14 Bionic yang menawarkan kuasa prestasi lebih baik di samping keupayaan pemprosesan lebih pantas berbanding generasi terdahulu.

Menyentuh aspek spesifikasi Apple iPhone 12 Pro dan versi ‘Max’, ia menggunakan tetapan tiga lensa yang dinaik taraf termasuk keupayaan berbanding generasi sebelum ini.

Dua versi peranti berkenaan menggunakan skrin OLED Super Retina XDR serta kefungsian sistem kamera baharu.

Sistem kamera untuk peranti iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max ini kini mempunyai sensor LiDAR bagi membantu optimasi kualiti gambar dan video sekali gus menghasilkan kualiti lebih baik.

 

 

Peranti ini menggunakan bahan binaan tahan lasak iaitu Ceramic Shield dan aluminium dan mempunyai perlindungan IP68 selain kapasiti bateri yang lebih besar.

Bagi iPhone 12 Pro, ia menggunakan skrin berkeluasan 6.1 inci manakala iPhone 12 Pro Max menggunakan skrin 6.7 inci.

Untuk dua versi ini, peranti berkenaan tidak didatangkan dengan kapasiti storan 64GB lagi sebaliknya bermula pada 128GB dan harga bermula pada RM4,899.

Menyentuh dua variasi lain, iPhone 12 didatangkan dengan skrin berkeluasan 6.1 inci dengan teknologi paparan OLED bersama tetapan dua lensa iaitu berkeupayaan lensa kembar 12 megapiksel.

Peranti iPhone 12 Mini pula adalah versi lebih kecil dengan skrin sebesar 5.4 inci dan padanan spesifikasi hampir sama dengan iPhone 12.

Kedua-dua model ini menyokong pengecas wayat 20W dan pengecas tanpa wayar 15W.

Pengenalan empat peranti baharu itu juga mengesahkan bahawa Apple tidak lagi menyertakan pengecas sebaliknya hanya membekalkan kabel USB C ke Lightning untuk setiap pembelian.

Tanda harga bagi iPhone 12 bermula RM3,899 dan iPhone 12 Mini bermula RM3,399 dengan penawaran warna peranti putih, hitam, biru, hijau dan merah.

Empat peranti iPhone baharu

iPhone 12 Mini – RM3,399

iPhone 12 – RM3,899

iPhone 12 Pro – RM4,899

iPhone 12 Pro Max – RM5,299

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

UMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka?

CYBERJAYA- Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

Zed Zaidi Sangkal Tajuk Berita Sebuah Portal

KUALA LUMPUR: Presiden SENIMAN Malaysia, Zed Zaidi, menyangkal dakwaan tajuk berita sebuah portal yang bertajuk " Covid-19 mungkin mendorong artis jual diri -Seniman" yang...

HTC Desire 20+ Hadir Dengan Snapdragon 720G, Kamera 48MP Dan Bateri 5,000mAh

Sebelum ini, HTC telah melancarkan model pertengahan mereka iaitu HTC Desire 20 Pro di Taiwan. Terbaru, HTC telah umumkan variasi yang lebih mampu milik...

Pandang Pertama Apple iPhone 12 Dan iPhone 12 Pro Diperlihatkan

Setiap kali Apple melancarkan model terbaru iPhone menerusi atur cara rasmi, pastinya syarikat ini akan memberi peluang kepada para wartawan serta mereka yang terlibat...