Kongsi cinta bidang muzik

- Advertisement -

SELEPAS menyertai program realiti Bintang RTM pada 2018, penyanyi muda Beayqaa terus optimis untuk bergiat aktif dalam bidang seni suara.

Biarpun tersingkir pada suku akhir pertama, gadis berusia 21 tahun itu tetap gigih berusaha menempatkan diri dalam industri muzik.

Beayqaa berkata, kecintaan terhadap dunia nyanyian membuatkan dia tidak pernah mengenal erti putus asa sebaliknya mencari peluang terbaik untuk masa depan dirinya.

“Walaupun pada awalnya saya agak terkesan apabila tidak berjaya mara ke pentas final, tapi saya bersyukur laluan kerjaya seni saya dipermudahkan.

“Tak sangka saya masih mendapat kepercayaan dan tawaran daripada pelbagai pihak. Saya diberi peluang untuk merakamkan dua single raya serta mendapat peluang mengulas produk berjenama di media sosial memandangkan saya mempunyai pengikut lebih 300,000 di Instagram.

“Lebih menggembirakan lagi, saya turut disunting Pencil Pictures & Records Sdn Bhd. Malah, tanpa saya menunggu masa yang lama, pihak pengurusan memberikan saya lagu Cinta Kalut sebagai percubaan pertama. Lagu itu turut dijadikan runut bunyi untuk drama berjudul Cinta Kalut,” katanya.

Dua tahun berada dalam industri seni, Beayqaa mengakui belum cukup puas dan tidak boleh berada di zon selesa memandangkan kehadirannya belum diketahui ramai.

 

BERDUET dengan Aiman Ismail menerusi lagu Langit Dan Bumi.
BERDUET dengan Aiman Ismail menerusi lagu Langit Dan Bumi.

 

Kata Beayqaa, selain usia yang semakin meningkat dia mahu berkongsi minat nyanyiannya kepada khalayak untuk mendengar muzik yang dibawakan.

“Saya sangat ambil peduli apabila kehadiran saya tidak dikenali. Tapi, sebaik pihak pengurusan melamar, saya nampak perjalanan saya makin memberi sinar positif.

“Insya-Allah saya bakal tampil dengan single solo kedua tidak lama lagi. Saya juga kini mempromosikan single duet berjudul Langit Dan Bumi.

“Jujur saya ingin khalayak melihat bakat yang saya miliki. Bukan untuk meraih populariti, tetapi saya nak berkongsi kecintaan saya dalam bidang muzik kepada pendengar.

“Saya sangat berharap single baharu nanti dapat memperkenalkan diri saya, sekali gus dapat memasuki program Big Stage,” katanya.

Mengakui mengidolakan penyanyi Dayang Nurfaizah, Beayqaa turut menyimpan impian untuk berduet dengan Dayang satu hari nanti.

“Saya gemar membawa lagu balada, tapi entah kenapa saya sering diberi lagu berentak pop. Namun saya percaya pihak pengurusan mempunyai percaturan yang lebih baik.

“Saya akui meminati Dayang. Dia mempunyai daya penarik yang luar biasa selain vokalnya sangat hebat,” katanya.

Dalam pada itu, Beayqaa mengakui belum mempunyai teman lelaki kerana ingin memberikan fokus terhadap kerjaya seni.

“Sasaran saya sekarang adalah memastikan lagu saya dimainkan di radio tempatan terlebih dahulu. Soal hubungan saya tolak tepi dulu. Saya pun masih muda dan nak fokus karier nyanyian. Masa akan sampai juga nanti,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat