Tinjauan Dapati Ramai Setuju Langkah Berkurung Tidak Lagi Relevan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Tahap kesihatan mental di negara ini semakin membimbangkan sejak pandemik COVID-19 bermula.

Pakar psikiatri, Dr Amer Siddiq Amer Nordin sebelum ini berkata, kehilangan kerja dan masalah kewangan dilihat faktor utama yang memerlukan perhatian khusus kerajaan.

Selain itu, faktor terkurung di rumah juga dilihat sebagai antara faktor yang menyumbang kepada tekanan hidup.

Tinjauan Astro AWANI mendapati, ramai yang bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa langkah ‘mengurung’ rakyat tidak lagi sesuai.

Pensyarah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Ishak Zainal, 62, berkata berkurung di rumah akan membuatkan seseorang individu berdepan dengan masalah kemurungan pada satu jangka masa tertentu.

“Kalau saya berkurung di rumah, ia seperti memberi tekanan kepada diri saya. Kita sekurang-kurangnya kena keluar dan berjakan-jalan di taman,” katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.

Sementara itu, penolong pengurus di butik pakaian, Ily Shazwani Dewaluddin, 36, yang senada dengan Ishak memberitahu, orang ramai perlu membiasakan diri dengan COVID-19 yang diisytiharkan sebagai endemik.

“Pada masa yang sama kita perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan bukan sahaja kita namun semua individu di sekeliling kita juga selamat,” ujarnya.

Bagi eksekutif akaun, Nisah Maniarasu, 28, berkurung di rumah bukanlah pengalaman menarik kepada mereka yang mempunyai keluarga besar tetapi tinggal di rumah yang kecil.

“Perkara ini sendiri boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang terutama sekali jika berkurung untuk tempoh yang panjang,” katanya.

Dalam pada itu, Helen Yew Pui Lyn, 24, yang merupakan eksekutif jualan memberitahu, meskipun sudah divaksinasi, orang ramai masih perlu menjaga diri sendiri dan jangan leka dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat