Hajah Sapiah Wanita Orang Asli Pertama Dilantik Sebagai Ketua Pengarah JKOA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelantikan YBrs. Puan Hajah Sapia binti Mohd Nor dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) berkuatkuasa 15 September ini.

Pelantikan Sapiah telah diperkenankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah.

Terdahulu, jawatan Ketua Pengarah JKOA kosong setelah Prof. Dr. Juli Edo, tamat kontrak pada April lepas. Beliau menyandang jawatan tersebut semenjak 2019.

Surat pelantikan Ketua Pengarah JKOA yang baharu telah diserahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Bangunan Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pelantikan Puan Hajah Sapiah binti Mohd Nor telah mencipta sejarah negara tersendiri apabila beliau menjadi wanita Orang Asli pertama dilantik ke jawatan tertinggi perkhidmatan awam.

Jelas beliau lagi, pelantikan ini juga merupakan sejarah kepada JAKOA apabila dipimpin oleh golongan wanita sekali gus meningkatkan penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dan masyarakat Orang Asli dalam perkhidmatan awam.

Puan Hajah Sapiah, 56, adalah Orang Asli keturunan Suku Semai berkelulusan Ijazah Sarjana Undang-Undang Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2007 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan universiti yang sama pada tahun 2001.

Memulakan tugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir pada tahun 1991, beliau yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun juga pernah berkhidmat di beberapa kementerian dan jabatan.

Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan Utama dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sebelum di lantik menjadi Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat