Langkah Mengurung Rakyat Tidak Lagi Sesuai – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, langkah mengurung rakyat tidak lagi sesuai dan pembukaan sektor ekonomi adalah salah satu cara untuk memulihkan ekonomi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah wajar.

Jelasnya Perdana Menteri, pembukaan sektor beberapa sektor ekonomi berdasarkan penerima vaksinasi yang tinggi, mengambil kira data penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) serta penguatkuasaan SOP yang ketat.

“Langkah mengurung rakyat tidak lagi dilihat sesuai malah dikhuatiri mendatangkan lebih banyak implikasi termasuk kesihatan mental, sekali gus kita perlu memberi keutamaan dengan membuka sektor ekonomi. Pembukaan sektor ekonomi bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi, malah memberi peluang dan ruang untuk rakyat memperbaiki hidup.” jawab Perdana Menteri kepada soalan Ahli Parlimen Jempol, Dato’ Hj Mohd Salim Sharif yang bertanyakan kewajaran pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di kala kes harian baharu masih mencatatkan angka yang membimbangkan.

Tambah Perdana Menteri lagi, pada ketika ini kedudukan Malaysia telah turun 35 anak tangga ke kedudukan ke-51 daripada 53 negara dalam indeks Daya Tahan Covid-19 yang diterbitkan oleh Bloomberg pada Julai 2021.

‘Indeks itu menunjukkan realiti kedudukan ekonomi peniaga, pekerja dan isi rumah di Malaysia yang semakin membimbangkan sekiranya proses pembukaan ekonomi kekal perlahahan ketika ini.

“Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) juga adalah bersifat sementara dan keutamaan perlu diberikan kepada beberapa sektor ekonomi. Antaranya sektor berorentasikan buruh kerana sektor ini menggajikan ramai pekerja dan apabila perniagaan dibuka, ramai pekerja akan mendapat pekerjaan. Selain itu, pembukaan sektor-sektor ini dapat membatu usahawan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) membuka kembali perniagaan mereka secara berperingkat.” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, jelas Perdana Menteri lagi, penanda aras dalam PPN adalah berdasarkan tiga indikator iaitu kes harian Cobvid-19, kadar penggunaan katil di ICU dan peratus penerimaan vaksin. -SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat