Kerajaan Bakal Kurangkan SOP – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan bakal melonggarkan 181 SOP kepada 10 sahaja.

Jelas Hishammuddin, langkah memperkemas SOP yang telah digunapakai selama lebih setahun ini tentunya akan ambil sedikit masa.

Ianya dijangka selesai dalam tempoh kira-kira 3 minggu, katanya lagi.

”Selain meneliti kelonggaran baharu, saya bersama Menteri Kewangan Tengku Zafrul, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa akan memperkemas SOP-SOP sedia ada supaya ia lebih difahami rakyat, golongan industri dan pihak yang menjalankan penguatkuasaan.” Ujar Hishammuddin.

Menurut Hishammuddin, buat masa ini, terdapat 181 SOP merangkumi keempat-empat fasa PPN. Matlamatnya adalah untuk kurangkan kepada 10 SOP.

Kerajaan tidak hanya akan ambil kira input dan pandangan KKM, tetapi juga maklum balas serta pandangan daripada pakar-pakar dan golongan industri. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat