Pejuang Tolak Tawaran Muhyiddin

- Advertisement -

SHAH ALAM – Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Amiruddin Hamzah menolak tawaran yang diberikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, Muhyiddin telah melakukan sogokan secara terang-terangan kepada ahli-ahli Parlimen.

“Thank you (terima kasih) @MuhyiddinYassin, next (seterusnya)! PM (Perdana Menteri) jenis apa ni beri ‘scheme of things’ terang-terang kepada ahli politik. Shame (memalukan)!,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Pada petang Jumaat, Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Menurutnya, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Pada masa yang sama, ia bagi mengelakkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik berterusan dan tidak diselesaikan segera.

Beliau berkata demikian menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Perutusan itu dibuat ekoran timbul dakwaan berhubung status keabsahan beliau sebagai perdana menteri sudah tiada kerana kehilangan majoriti.

– Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat