Mahu gegar industri muzik

- Advertisement -

TIGA penyanyi dari Silent Set Entertainment iaitu Mad Doby, Mortal dan Classick kini berganding tenaga mengeluarkan single berjudul Got Da’ Stuff bersama muzik video rasmi di YouTube dan platform strim digital.

Penerbitnya, Aidy’ Ad berkata, single ini menggabungkan elemen muzik yang diinspirasikan dari album Blackpink serta bunyi-bunyian moden termasuk UK Drill.

“Saya sering menghasilkan produk muzik yang berkualiti bagi memenuhi permintaan semasa selain mengembara ke satu sisi bunyi yang baru.

“Muzik video rasmi Got Da’ Stuff dihasilkan dan diterbitkan oleh Silent Set Entertainment dengan penggambaran dijalankan di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Konsep muzik video ini datangnya daripada pengarah muzik video Got Da’ Stuff Zulakid Aizat dan dibuat penambahbaikan oleh pasukan produksi Silent Set Entertainment,” katanya.

Muzik video ini menampilkan ketiga-tiga penyanyi terbabit sebagai pelakon utama dan menggunakan tenaga produksi Silent Set Entertainment.

Bertemakan Cyberpunk, muzik video Got Da’ Stuff dilengkapi dengan elemen pencahayaan dan asap berwarna.

 

MUZIK video Got Da’ Stuff.
MUZIK video Got Da’ Stuff.

 

Mereka juga menggunakan neon saber sebagai kesan manual di dalam muzik video ini.

Dengan pengeluaran audio rasmi dan muzik video rasmi Got Da’ Stuff, Silent Set Entertainment kini bersedia untuk pengeluaran beberapa single dan muzik video lain.

Dengan keyakinan yang ada, Silent Set Entertainment bersiap sedia untuk menggegarkan industri muzik tanah air dan menarik perhatian ramai baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Mereka sudah melakukan kerjasama bersama artis hip hop tanah air dan antarabangsa antaranya A-F-R-O, Jay Muhammad atau dikenali sebagai Jamil Hantu dari Lawalah Familia, YAPH dan beberapa artis lain.

Sebarang maklumat terkini artis-artis Silent Set Entertainment boleh didapati di saluran YouTube Silent Set Entertainment, Instagram @silentset.ent dan Facebook, Silent Set Entertainment.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat