Pengerusi DAP Melaka kini sudah layak digelar anak jantan – Fadhli

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari merakamkan ucapan tahniah kepada DAP Melaka yang disifatkan bertindak tepat dengan keluar dari kerajaan negeri hari ini apabila tidak setuju dengan langkah kerajaan membawa usul dan meluluskan pindaan perlembagaan Melaka berhubung Adun lantikan.

Fadhli menganggap langkah berani DAP Melaka itu sebagai tindakan gentleman.

“Tahniah DAP Melaka yang bertindak tepat dengan keluar dari kerajaan negeri hari ini apabila tidak setuju dengan langkah kerajaan membawa usul dan meluluskan pindaan perlembagaan Melaka berhubung Adun lantikan. Ini baru gentleman!

“Seterusnya DAP Pusat juga patut keluar dari kerajaan seberapa segera kerana terdapat juga perkara yang tidak dipersetujui, termasuklah KPT yang dikatakan ‘lembap macam kura-kura’.

“Selepas ini, jika ada yang tanya Pengerusi DAP Melaka, lu siapa? Kita boleh tolong jawab, dia anak jantan! puji Fadhli.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat