PM Lancar Jentera BN-PH Kedah Sabtu Ini – Mahdzir Khalid

- Advertisement -

ALOR SETAR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah di Padang Awam Guar Chempedak Sabtu ini.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, himpunan jentera parti dan penyokong BN-PH itu merupakan sebahagian program sempena lawatan rasmi sehari Perdana Menteri ke negeri itu.

“Kita akan kumpulkan semua jentera pilihan raya PH dan BN di Kedah. Kita juga telah menyusun di peringkat jawatankuasa untuk bawa penyokong kedua-dua gabungan untuk bersama dalam program gerak kerja pilihan raya pada 9 malam.

Acara lain termasuk pentas orang muda pada sebelah petang,” katanya dalam sidang media bersama Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar di sini semalam.

Jelas beliau, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO turut dijadual hadir serta pemimpin tertinggi parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Mahdzir berkata, siri kempen jelajah akan diteruskan di semua 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Perdana Menteri melancarkannya secara serentak.

“Siri jelajah perpaduan ini merupakan negeri kedua, selepas Selangor,” katanya.

Sementara itu Mahfuz memaklumkan, dua lagi program turut diadakan termasuk Sentuhan Madani peringkat negeri Kedah bersama pesawah, nelayan, penoreh dan pekebun kecil di Ampang Jajar, Alor Setar.

“Himpunan bersejarah ini seakan mengulangi perhimpunan yang pernah diadakan sewaktu Anwar menjadi Menteri Pertanian satu ketika dahulu.

“Saya harap pesawah, nelayan, penoreh dan pekebun kecil ambil peluang ini untuk dengar amanat selain menyuarakan permasalahan untuk ditangani bagi meningkatkan kehidupan,” katanya.

Tambahnya, Karnival Usahawan Desa pula diadakan di Sungai Petani pada 12.30 tengah hari, dengan menghimpunkan usahawan Kedah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat