SpaceX Hanya Perlukan Infrastruktur Fizikal, Tanah Minima Untuk Salur Internet Di Pendalaman – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima untuk menyalurkan akses internet di kawasan pedalaman Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, sehingga kini, masih ada 3 peratus kawasan berpenduduk yang tidak mempunyai akses internet kerana masalah keluasan tanah dan beberapa isu lain di kawasan tersebut.

“Dalam pertemuan sidang video antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX dan CEO Tesla Inc., Elon Musk, kami membangkitkan berkenaan penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink terutamanya di kawasan pedalaman.

“Inisiatif ini hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima untuk menyalurkan akses internet di kawasan tersebut.

“Insya-Allah usaha ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan,” ujar Fahmi dalam kenyataan media pada Jumaat.

Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan Syarikat SpaceX melalui perkhidmatan satelit Starlink akan membantu Malaysia menyediakan internet yang lebih laju dan meluas di kawasan pedalaman negara ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat