Malaysia Gesa Isu Keselamatan Siber Serta Jenayah Rentas Sempadan Perlu Ditangani – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Malaysia menggesa ASEAN-Amerika memperkukuhkan kerjasama dalam usaha menangani isu keselamatan siber dan jenayah rentas sempadan.

Menteri Kanan Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata kerjasama ini perlu bagi memastikan kestabilan dan keamanan khususnya di rantau ini.

Beliau berkata demikian di hadapan Setiuasaha Negara Amerika Syarikat, TYT Antony Blinken dan rakan-rakan sejawatnya di ASEAN paa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-Amerika Syarikat yang diadakan secara maya, pagi ini.

May be an image of one or more people and indoor

“Di hadapan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, TYT Antony Blinken serta rakan-rakan sejawat di ASEAN, saya suarakan beberapa pandangan bagi pihak Malaysia dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-Amerika Syarikat secara maya pagi ini.

“Saya tekankan, penting ASEAN-Amerika Syarikat perkukuh kerjasama dalam usaha menangani isu keselamatan siber serta jenayah rentas sempadan demi memastikan kestabilan dan keamanan khususnya di rantau ini. Malah, amat perlu untuk kedua-dua pihak menjalin usahasama lebih erat dalam pembangunan digital.” kata Hishammuddin.

Dalam pada itu, berkenaan isu Palestin, Hishammuddin menegaskan sokongan Malaysia kepada negara itu tidak akan berganjak atas nama nilai kemanusiaan.

“Saya juga ambil peluang menyentuh soal Palestin dengan menyatakan sokongan Malaysia terhadap Palestin tidak akan berganjak, malah akan terus membantu terutama daripada sudut kemanusiaan serta pembangunan semula Gaza.

“Di akhir kenyataan, saya sekali lagi berterima kasih kepada Amerika Syarikat kerana menyumbang 1 juta dos Pfizer kepada Malaysia baru-baru ini. Ini penting kerana hakikatnya seseorang akan selamat hanya apabila semua orang di seluruh dunia selamat dengan mendapat suntikan vaksin.” ujar Hishammuddin. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat