Mohamad Janji Buat Yang Terbaik Untuk UMNO Perang PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengarah Pilihan Raya UMNO yang baru dilantik, Datuk Seri Mohamad Hasan berikrar akan menggalas tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya sebaik mungkin bagi parti itu berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO sangat menghargai kepercayaan yang diberikan Presiden UMNO terhadap kredibiliti beliau.

” Terima kasih DatukSeri Presiden atas kepercayaan kepada saya sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO.

” Kita buat yang terbaik untuk parti menghadapi PRU15 nanti, Insyaallah,” kata Mohamad.

Beliau juga turut mencatatkan tanda pagar bukti bukan sekadar janji dan jasa dan bakti jadi saksi sebagi simbolik kesungguhannya.

Semalam, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dipecat sebagai sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO berkuatkuasa serta merta.

Dalam satu kenyataan media, Presiden UMNO melantik Mohamad menggantikan Ahli Parlimen Salak tersebut.

Pemecatan Tajuddin dipercayai akibat beberapa kenyataan yang dilihat menentang usaha menjatuhkan kerajaan pada masa sekarang.

Rakaman ucapan Tajuddin dalam Mesyuarat MT UMNO yang mendedahkan usaha kerjasama dengan Anwar Ibrahim turut memberi kesan buruk kepada Zahid.

Sementara iru dalam kenyataan media yang dikeluarkan Ahmad Zahid mendakwa perubahan tersebut bagi tujuan penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO ini bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.

“Dengan keduduka Mohamad Hasan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan Pilihan Raya yang melibatkan semua parti-parti komponen BN,” ujar Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat