Bekalan Air Di Selangor, KL Pulih Berperingkat Bermula Esok Hingga Lusa

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air selama 80 jam yang berlaku di 290 kawasan dalam wilayah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan pulih secara berperingkat bermula 15 Julai hingga 17 Julai 2020.

Pengarah dan Ketua Operasi Air Selangor, Ir Abas Abdullah berkata, beberapa kawasan akan mula mendapat bekalan air bermula jam 9 pagi Rabu.

Menurutnya, antara kawasan yang akan mendapat bekalan air bermula Rabu adalah Shah Alam, Gombak dan sebahagian daripada Klang.

“Air Selangor beri jaminan bahawa gangguan bekalan air berjadual selama 80 jam di 290 kawasan di Wilayah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan pulih secara berperingkat bermula 15 hingga 17 Julai 2020.

“Ia bergantung kepada premis pengguna samada berada di kawasan tinggi atau penghujung sistem agihan air. Air Selangor ingin jelaskan bahawa bukan semua 290 kawasan akan mengalami gangguan selama empat hari.

“Ini kerana ada kawasan akan mendapat bekalan air bermula esok bermula jam 9 pagi setelah Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 beroperasi dengan kapasiti 800 juta liter sehari,” katanya dalam sidang media mayal di sini pada Rabu.

Tambahnya, kerja penggantian dan penambahbaikan aset-aset kritikal di loji tersebut juga berjalan lancar dan tahap kemajuannya melepasi sasaran dibuat sebelum ini.

“Status kemajuan kerja, adalah pada tahap 72 peratus berbanding 53 peratus sasaran perancangan awal. Kemajuan ini adalah 19 peratus lebih awal berbanding tempoh sasaran perancangan awal,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abas memaklumkan sebanyak 93 lori tangki air digerakkan ke 82 premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis di sekitar wilayah yang terjejas.

“Air Selangor juga telah menempatkan 82 tangki septik di sekolah bagi memastikan sesi persekolahan yang akan bermula esok berjalan seperti biasa.

Astro AWANI melaporkan pada 6 Julai lepas bahawa sebanyak 420,000 akaun pengguna di 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual dari 14 hingga 17 Julai ini.

Ketua Operasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abas Abdullah berkata gangguan itu berikutan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3.

Kerja itu merangkumi penggantian beberapa rangkaian injap utama untuk meningkatkan kecekapan sistem dan membolehkan LRA beroperasi dengan lebih baik.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air juga berbeza mengikut kawasan, lokasi geografi dan tahap ketinggian premis pelanggan.

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

DAP usul kerajaan gagal, serah kebijaksanaan Agong menilai

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan usul kerajaan gagal menangani Covid-19 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Berita Berkaitan

Kadar Kebolehjangkitan Turun 0.91, Sasar 4,000 Kes Menjelang Hujung Bulan

KUALA LUMPUR: Unjuran setakat semalam menunjukkan kadar penularan harian berupaya susut hingga ke paras bawah 4,000 kes, menjelang penghujung bulan ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan...

Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Adalah Prerogatif Agong – Pengarah Itkas

KUALA LUMPUR: Tindakan mana-mana pihak yang mempertikai prerogatif Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menganjurkan perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu menunjukkan pengabaian...

Tajuddin Rahman Nasihat UMNO Jangan Desak PRU

PASIR SALAK - Parti tidak perlu mendesak kerajaan Perikatan Nasional supaya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) dalam waktu terdekat ini, kata Pengarah...