Antibodi Pesakit Covid-19 Berkurangan Selepas 8 Minggu – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Antibodi yang terbina dalam pesakit Covid-19 akan berkurangan selepas lapan minggu dijangkiti wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dapatan itu diperoleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kajiannya terhadap Kluster Sungai Lui.

“Bagi kajian kluster ini didapati dalam tempoh tiga bulan, hanya 20 peratus antibodi yang terbina,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, apa yang berlaku selepas dijangkiti sepatutnya antibodi pesakit meningkat kepada 90 peratus.

“Namun kita dapati tindak balas antibodi berkurangan,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu selari dengan kajian dijalankan di United Kingdom yang mendapati hanya 17 peratus antibodi terbina.

“Dalam perbincangan dengan delegasi China pada April lalu, mereka memaklumkan lebih kurang 17 hingga 18 peratus daripada pesakit Covid-19 yang ada antibodi,” katanya.

Justeru kata Dr Noor Hisham, timbul persoalan adalah bekas pesakit Covid-19 mungkin boleh dijangkiti semula.

“Sekiranya kita beri vaksin adakah ia akan dapat merangsang tindak balas antibodi.

“Kita mahu melihat sama ada vaksin ini boleh merangsang antibodi yang berkekalan dan bukan hanya sementara,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai kebimbangannya terhadap situasi terkini, beliau berkata, KKM sangat bimbang sekiranya rakyat leka dan kembali kepada kehidupan normal tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Bara virus masih ada dan boleh merebak kembali jika langkah pencegahan tidak diambil,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat