DAP, Amanah Cadang Saya Jadi PM, Sekarang Mereka U-Turn – Shafie Apdal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata beliau tidak pernah meminta supaya Pakatan Harapan (PH) mencadangkan namanya sebagai Perdana Menteri Kesembilan (PM9).

Shafie yang juga Presiden Warisan Sabah sebaliknya menjelaskan namanya telah dicadangkan oleh DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau turut menafikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan namanya, sebaliknya menegaskan cadangan itu timbul untuk menyelesaikan kemelut isu jawatan PM di antara Dr Mahathir dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia dicadangkan oleh DAP dan Amanah. Itu bukan cadangan Dr Mahathir Mohamad.

“Tun respons kepada cadangan oleh Guan Eng, fikir selama kira-kira dua minit, dan kata ‘mengapa tidak? Ia idea yang baik’.

“Mereka (DAP dan Amanah) bawa idea seperti ini untuk memberi penyelesaian kerana Mahathir dan Anwar tidak boleh bekerja bersama,” katanya, dipetik dari wawancara yang disiarkan Malaysiakini, hari ini.

Bagaimanapun, pada 6 Julai lalu, Mesyuarat Presiden PH yang disertai PKR, DAP dan Amanah memutuskan mereka kekal komited dengan rancangan mengangkat Anwar sebagai calon PM9.

Mengulas keputusan berkenaan, dipetik dari wawancara itu, Shafie menyifatkan “pusingan-U” oleh DAP dan Amanah itu menunjukkan betapa tidak tegasnya PH.

Kata Shafie, beliau tidak boleh tunjukkan kepada Anwar berkenaan idea itu memandangkan dua parti yang mencadangkannya telah berkata sebaliknya.

“Saya rasa perlu berbincang dengan rakan-rakan yang mencadangkan nama saya, sebab saya perlu pastikan (perkara itu) terlebih dulu.

“Sebab saya tak boleh berkata-kata (tentangnya) kepada Anwar. Apa-apa pun saya tidak terlalu mahukannya, (saya lakukannya) kerana saya hanya satu penyelesaian kepada masalah.

“Biar saya selesaikan dengan Amanah dan DAP. Mereka cadangkan nama saya dan tiba-tiba lain pula (u-turn). Jadi saya fikir perlu selesaikan dengan mereka dulu,” kata Shafie.

Terdahulu, cadangan nama Shafie diumumkan oleh Dr Mahathir pada 27 Jun lalu di majlis pertemuan dengan sekumpulan ahli PPBM yang menyokongnya.

“Semalam (Khamis) kita ada mesyuarat dengan parti PH, yang tak ada hanya PKR, iaitu diketuai Anwar. Kita telah bekerjasama dengan Anwar, tapi dia tolak kita sama sekali.

“Kita minta supaya saya jadi perdana menteri selama 6 bulan, lepas itu dia ambil, tapi dia tak nak saya jadi perdana menteri, satu hari pun dia tidak mahu, dia tolak saya sama sekali.

“Sebab itu kita tidak boleh bersetuju dengan pendapat dia (Anwar). Kalau kita ikut dia, sampai bila kita tidak boleh luluskan siapa yang akan jadi perdana menteri,

“Kumpulan terdiri daripada Warisan, Amanah, PPBM dan DAP, kita 4 parti setuju. Saya harap sokongan kepada saya dibuat melalui sokongan kepada Shafie (sebagai calon PM),” kata Dr Mahathir di pertemuan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat