Undi18 bukan automatik orang muda sokong pembangkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Orang muda menerusi Undi 18 tidak semestinya automatik mengundi pembangkang yang dikatakan lebih “progresif”.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menempelak Ketua Pemuda PKR (AMK) yang baru dilantik, Adam Adli Abdul Halim yang menyatakan usia muda tidak menjamin inovasi atau sikap progresif ketika mengundi.

Kata Najib pembangkang yang mahukan Undi18, bagaimanapun itu bukan jaminan orang muda majoriti memilih pembangkang.

“Depa yang mahu Undi18. Ingat orang muda akan sokong mereka secara automatik.

“Selepas Undi18 dilaksanakan buat kali pertama di PRN Johor, mereka dapati mereka bukan pilihan utama orang muda pula. Sekarang mereka juga yang kata tak boleh harap orang muda pilih cara “progresif”.

“Dey! Orang muda pun tahu siapa yang hancing dan siapa yang tak reti mentadbir.

“Progresif apa? Selepas kerajaan PH ambil “, negara telah berundur ke belakang dan dilepasi negara-negara jiran,” bidas Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini media melaporkan, Adam Adli berkata, PKR mesti bekerja keras dan tidak boleh sewenang-wenangnya mengharapkan orang muda mengundi secara progresif kerana usia muda tidak akan menjamin inovasi atau sikap progresif.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat