Rakyat dijerut kapitalis tamak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab wajib mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengawal kenaikan harga barangan dan krisis makanan,” kata, Ketua Penerangan Muda Wilayah Persekutuan, Shah Fariq Aizal Sha Ghazni.

Beliau malah mengingatkan supaya jangan sesekali tunduk pada desakan para kapitalis yang tamak dan mahu mengaut keuntungan atas penderitaan rakyat.

Beliau juga memberi agar tidak sesekali membenarkan mereka menjerut rakyat negara ini.

“Sejak kebelakangan ini, kita seringkali melihat dan mendengar tentang krisis bekalan makanan dan juga kenaikkan kos barangan basah naik yang secara drastik.

“Tambahan pula, dengar keluhan ibu bapa yang terpaksa menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anak yang juga naik sebanyak 30 hingga 40 peratus,” ujarnya.

Menurut Shah Fariq, perkara ini telah mengakibatkan kisah buruk terhadap semua lapisan masyarakat Malaysia secara amnya.

Ujar beliau, apatah lagi golongan marhaen dan B40 yang hidup ibarat kais pagi makan petang, kais petang makan malam.

“Persoalan yang dekat di hati setiap rakyat hari ini adalah – kenapa perkara ini berlaku dan kenapa kerajaan hari ini dilihat tidak boleh mengawal krisis ini? Apakah solusinya?

“Adakah kerajaan hari ini telah tunduk pada tauke-tauke pemborong dan pengeluar? Jika benar maka Malaysia hari ini bolehlah dikatakan tiada kerajaan yang berfungsi untuk membela nasib rakyat tetapi diperintah oleh proksi-proksi kapitalis yang bertopengkan gelaran “wakil rakyat”, tegasnya.

Tambah Shah Fariq lagi, krisis ini tidak patut dipandang enteng kerana apabila kita buka sahaja media sosial kita dapat lihat rintihan dan keluhan rakyat.

“Ini bagi mereka yang ada kemudahan untuk mengguna platform media sosial, bayangkan golongan-golongan yang terpinggir yang tiada kemudahan? Adakah mereka menderita dalam diam?

“Apakah esok bila negara dilanda inflasi baru, kerajaan ini baru hendak memantau situasi? Jika begitu, adilah untuk dikatakan bahawa slogan “demi rakyat”, “kestabilan” dan lain-lain hanyalah retorik politik semata-mata,” katanya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat