KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak negara perlu mengelak kekalahan dan kena menang dalam perlawanan menentang Bangladesh malam ini bagi menjamin tempat ke pusingan akhir Piala AFC 2023.

Ini berikutan pasukan tangga kedua Kumpulan B Filipina hanya mampu memungut 4 mata selepas tewas 0- 4 kepada Palestine sebentar tadi.

Dengan kekalahan besar itu, Malaysia akan menyamai empat mata dengan Filipina sekiranya seri dengan Bangladesh, namun mempunyai kelebihan jaringan.

Kemenangan dengan Bangladesh malam ini akan menjadikan pasukan negara akan menduduki sekurang-kurangnya tempat terakhir dalam kalangan 5 naib johan terbaik pusingan ini.

Sebaliknya jika keputusan negara seri dan pasukan Turkimenistan menang, mereka (Turkimenistan) akan ke pusingan akhir Piala AFC 2023.

Dalam format pusingan ketiga kelayakan AFC 2023, 24 pasukan dipecahkan kepada 6 kumpulan.

11 pasukan dari pusingan kelayakan ini akan layak ke pusingan akhir. 6 johan kumpulan akan diiringi dengan 5 pasukan naib johan terbaik.

Oleh kerana terdapat 6 kumpulan, maka salah satu naib johan kumpulan akan tersingkir dari layak ke pusingan akhir.

Penentuan 5 pasukan terbaik ini ditentukan oleh jumlah pungutan mata setiap pasukan Naib Johan.

Sekiranya jumlah mata sama, perbezaan jaringan akan dijadikan ukuran menentukan susunan pasukan lima naib johan kumpulan terbaik ini.

Dalam situasi mata dan kelebihan gol sama, mata disiplin (yang ditentukan oleh kutipan kad kuning dan merah) akan digunakan sebagai perbezaan kedudukan. Jalan terakhir sekiranya masih sama, ialah melalui undian.