Aktif kerja amal

- Advertisement -

Pelakon dan pengacara, Nadzmi Adhwa dan isterinya, Ardell Aryana antara selebriti tempatan yang aktif dalam menjalankan aktiviti misi kemanusiaan di luar negara.

Terbaharu, Nadzmi dilantik menjadi ikon yang akan menyertai Misi Kemanusiaan Afrika anjuran Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia atau Impactive Malaysia (IM) pada 6 hingga 19 Julai depan.

Nadzmi, 30, atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi berkata, dia sangat berbesar hati membantu saudara Islam yang dianggap minoriti di sana.

“Saya pernah menyertai misi kemanusiaan ke Syria dan Palu, Indonesia sebelum ini, tapi saya tidak pernah sampai ke Afrika. Jadi, apabila IM mengajak untuk turut serta, saya teruja.

“Saya mendapat tahu di Afrika, kebanyakan keluarga di sana makan hanya dua kali seminggu. Tidak hanya itu, kemudahan seperti tandas dan sekolah juga teruk.

“Jadi, saya berharap projek misi ini berjaya sebab bantuan kita, insya-Allah boleh dijadikan saham akhirat kita nanti. Saya percaya bantuan rakyat Malaysia nanti sangat dihargai terutama anak-anak di sana,” katanya.

Selain Nadzmi, enam ikon yang akan ke Tanzania, Afrika Timur pada Julai depan adalah Hazeman Huzir, Farah Lee, Akhi Fairuz, Que Yahaya, Nazirul dan Aiman Hakim.

Untuk misi kali ini, IM menyasarkan untuk mengumpul dana RM1.2 juta bagi projek yang merangkumi pengagihan daging korban, keperluan persekolahan, wakaf al-Quran dan baik pulih sekolah.

 

NADZMI masih aktif berlakon dan mengacara.

 

Sumbangan itu juga akan disalurkan kepada komuniti Islam di sana seperti kelengkapan ibadah dan bantuan mengajar.

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun bank Pertubuhan IMpak Prihatin Malaysia (Impactive Malaysia) di akaun RHB 21245760048670.

Berkongsi mengenai kerjaya seni, Nadzmi mengakui tawaran diterima berkurangan.

Menurut Nadzmi, mungkin ada pihak beranggapan mereka tidak lagi berlakon memandangkan mempunyai perniagaan sendiri.

“Saya dan isteri saya masih aktif dalam bidang seni, cuma sekarang kami masih menunggu mana-mana pihak memanggil kami berlakon atau mengacara kerana kebelakangan ini tawaran tidak banyak.

“Tawaran kurang sebab saya ada dengar orang menganggap kami sudah kaya, jadi tak perlu lagi berlakon atau mengacara. Tapi, hakikatnya kami biasa saja. Diakui bidang seni bukan pendapatan utama kami sekarang kerana kami ada perniagaan. Tapi, lakonan dan pengacaraan masih minat saya dan isteri, justeru kami tak akan tolak sekiranya ada tawaran diberikan.

“Saya tidak pernah menolak tawaran lakonan mahupun pengacaraan dan akan memenuhi mengikut kekosongan jadual,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat