Henti Lantikan Vendor Urus Pekerja Asing

- Advertisement -

ALOR SETAR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) disaran mengkaji semula pelantikan vendor dalam menguruskan visa pekerja asing dan pelancong di luar negara dengan menyerahkan semula peranan itu kepada Jabatan Imigresen.

Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM), Leftenan Kolonel (H) Che Hassan Che Johan berkata, pihak ketiga tidak sepatutnya menjalankan kerja-kerja melibatkan aspek keselamatan negara.

Oleh demikian, menurutnya, kerajaan wajar mengembalikan tugas hakiki Jabatan Imigresen yang telah lama diswastakan kepada vendor.

“Segala kemudahan sedia ada di Jabatan Imigresen diyakini mampu menguruskan proses pengambilan pekerja asing dengan lebih baik dan telus.

“Jabatan Imigresen sudah berjaya membangunkan sistem pengambilan pekerja asing. Ia dibuktikan dengan pembangunan sistem imigresen seperti MyOnline Pasport dan Sistem Maid Online,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Che Hassan berkata, setakat ini dua vendor telah diambil tindakan iaitu Sistem Pengambilan Pekerja Asing (SPPA) dan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang menjalankan sistem permohonan visa dalam talian yang dimonopoli kerajaan terdahulu.

“Kita bimbang unsur rasuah bermaharajalela kalangan pihak berkuasa, sama ada melalui kuasa politik atau pegawai, seperti bahagian kelulusan pekerja asing atau penguatkuasa yang menjaga kawalan udara, laut atau sempadan darat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menyokong kenyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menegaskan, negara bakal menyaksikan perubahan besar dalam dasar pengambilan pekerja asing dan kawalan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) pasca-pandemik Covid-19, pada 4 Jun lalu.

“Sudah tiba masanya dasar disemak semula susulan warga asing antara kumpulan yang menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di negara ini,” katanya.

– Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat