Beijing Kembali Berada Dalam Separa Lockdown

- Advertisement -

BEIJING: Bandar ini kembali berada dalam keadaan separa Lockdown setelah beberapa kluster baru Covid-19 dikesan.

Laporan media bagaimanapun pelbagai dan sedikit mengelirukan bila ada yang mendakwa hanya sebahagian sahaja dari bandar tersebut yang dikenakan Lockdown manakala yang lain seluruh bandar berkenaan diletakkan dalam keadaan separa Lockdown.

Wabak itu, yang dikaitkan penyebarannya di beberapa pasar makanan utama, telah meninggalkan persoalan tentang keupayaan mengekang virus berkenaan memandangkan kerajaan China sebelum ini telah melaksanakan perintah berkurung yang keras tapi kelihatannya masih gagal menyekat penyebaran wabak berkenaan.

Kes terbaru dikesan Khamis lepas melibatkan lelaki berusia 52 tahun yang disahkan positif sehingga pihak berkuasa menaikkan tahap berjaga-jaga di kawasan kediamannya kepada sederhana.

Beijing sebelum ini telah melalui 55 hari tanpa jangkitan tempatan dimana jangkitan baru hanya dari kes-kes import. Kehidupan di bandar tersebut juga kembali beransur normal dengan banyak perniagaan kembali dibuka dan orang ramai berurusan seperti biasa.

Begitupun dengan perkembangan terbaru ini memperlihatkan kawalan pergerakan kembali dilaksanakan, pembukaan sekolah ditangguhkan, larangan acara sukan dan sebagainya – sumber pelbagai

– terjemahan SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat