10 kawasan majoriti di Sarawak reokd IPU ‘Tidak Sihat’

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 kawasan stesen pemantauan Indeks Pencemar Udara (IPU) merekodkan bacaan kualiti udara ‘Tidak Sihat’ setakat pukul 10 pagi tadi.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) majoriti lokasi yang mencatatkan bacaan berkenaan ialah di negeri Sarawak.

Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) paling tinggi, iaitu 183, diikuti Kuching (171), Samarahan (171), Sri Aman (163), Sarikei (158), Mukah (152), dan Bintulu (147).

Di Semenanjung Malaysia, tiga kawasan mencatatkan bacaan ‘Tidak Sihat’, iaitu Cheras (153) Johan Setia (150) dan Shah Alam (103).

Sementara itu, sebanyak 56 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap ‘Sederhana’ (51 hingga 100), manakala dua kawasan lagi mencatatkan tahap kualiti ‘Udara Baik’ (bawah 50).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 ‘Sederhana’, 101 hingga 200 ‘Tidak Sihat’, 201 hingga 300 ‘Sangat Tidak Sihat’ dan IPU melebihi 300 adalah ‘Berbahaya’.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat