Honor X7b kapisiti storan dan bateri yang besar pada harga mampu milik

- Advertisement -

Satu lagi telefon keluaran Syarikat HONOR yang bakal dilancarkan pada 22 Disember 2023 nanti, HONOR X7b muncul dengan kelebihan yang cukup menarik serta mampu milik, salah satunya adalah kapasiti baterinya yang mempunyai jangka hayat yang panjang, 6,000mAh dan memiliki sokongan pengecasan 35W melalui USB-C yang membuatkanya menjadi lagi ‘powerful’.

Apabila bateri di cas penuh, HONOR X7b mampu bertahan untuk video streaming selama 18 jam tanpa henti, 24 jam Media sosial dan 69 jam untuk mendengar muzik secara streaming.

HONOR X7b mempunyai ruang simpanan yang besar sebanyak 256GB  yang mampu untuk menyimpan sebanyak 60,000 keping gambar, 24,000 simpanan lagu dan 950 Video dalam HD, dengan ruangan simpanan besar ianya memudahkan penguna untuk mengekses media mereka di hujung jari pada bila bila masa sahaja.

X7b camera
X7b camera

Dilengkapkan cip Qualcomm Snapdragon 680 yang digandingkan dengan HONOR Ram turbo (8GB+8GB) 16GB ianya mampu memindahkan sebahagian memori kilat ke RAM, 8GB RAM dan boleh meningkat kepada 16GB. Honor X7b membolehkan pengguna meneruskan tugas penguna dengan lancar dan mudah.

Terdapat tiga kamera di belakang Honor X7b dan satu di hadapan. Kamera utama ialah unit 108MP f/1.8 yang mengambil tangkapan 12MP, tetapi anda boleh menangkap 108MP penuh dengan mod Resolusi Tinggi. Seterusnya ialah ultralebar fokus tetap 5MP f/2.2.

Honor X7b mempunyai kamera utama 108MP dengan sensor 1/2.67 inci, ianya mampu menangkap cahaya secara besar-besaran, membolehkan kamera membuat tangkapan yang terang walaupun dalam keadaan cahaya malap dan mencabar, memastikan warna malam sesuai diterbitkan semula dalam imej.

HONOR x7b

Kamera HONOR X7b juga menampilkan Mod Potret yang menyokong zoom 2X, menampilkan pelbagai pengunaan yang membolehkan penguna merakam pelbagai momen indah dengan mudah serta fleksibiliti.

HONOR X7b mempunyai paparan LCD rata 6.8 inci pada resolusi HD Penuh dengan bunyi Stereo speaker serta tambahan 2 kali ganda bunyi akan memberi kepuasan kepada penguna yang ingin menonton video, mendengar lagu serta bermain game dengan telefon ini.

HONOR X7b menampilkan Kuad Lengkung Backplane 3D, ketebalan 8.24mm dan berat hanya 199g membuatkan peranti ini selesa untuk digenggam. Rekaan tersebut memberi pengalaman visual yang menawan dengan kandungan dipanjangkan hingga ke sudut paparan.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat